Monday 29 July 2013

KDN luluskan ‘The New Village’ bukan Finas...The New Village Official Movie Trailer (2013) Saingan Filem Tanda Putera...

Isnin, 29 Julai 2013
 The New Village Official Movie Trailer (2013) 



The New Village
Director: Kew Lit
Producer Company: Yellow Pictures Sdn. Bhd. , Astro Shaw Sdn. Bhd.
Language: Mandarin
Categories: Feature Film
Genre: Drama, History
Classification: U - General Viewing For All Ages
Duration : 104 Min
Release Date: 22 Aug 2013
Synopsis 
The year is 1949. The nation is plunged into a state of emergency after a deadly clash between the British military administration and the Malayan Communist Party occurs. Some 500,000 Chinese villagers are resettled into 480 camps throughout the Malay Peninsula as a means to curb communist activity among the villagers. "The New Village", which spans 40 years, revolves around a Hakka family and how they go about their daily lives after the British declared the state of emergency and beyond.
Tayangan 'The New Village' Ditangguh?
KUALA LUMPUR - Tayangan filem 'The New Village' ditangguh bagi membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri meneliti semula kandungannya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.
Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.
Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara di sini, malam ini.

Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali. - Bernama

KDN luluskan ‘The New Village’ bukan Finas
Date: Monday, July 29 @ 12:22:04 MYT
Topic: Berita
OLEH DIYANA IBRAHIM DAN HASBULLAH AWANG CHIK
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak wajar dipersalah berikutan kelulusan penayangan filem The New Village yang didakwa memuja tokoh komunis dan hanya melibatkan pelakon Cina sahaja.
Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas, Datuk Mustapha Maarof, berkata mereka hanya melakukan prosedur biasa iaitu menentukan tarikh filem untuk ditayang di pawagam.
"Bukan kita yang meluluskan filem itu. Tugas kami hanya menentukan tarikh tayangan selepas ia diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF)

"Patut tanya pihak berwajib bukan kami. Saya tidak rasa ia patut jadi isu. Saya tidak faham kenapa ada (pihak) cuba jadi batu api dalam hal ini," katanya kepada The Malaysian Insider, semalam.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) pula, berkata tidak adil untuk menghakimi sesebuah filem hanya berdasarkan kepada trailer sahaja, merujuk filem The New Village yang dijadual ditayang 22 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, berkata sesetengah pihak menimbulkan kontroversi berdasarkan trailer filem yang tidak memberi gambaran menyeluruh sesebuah filem.
“Hal ini sama seperti kontroversi yang melanda Tanda Putera dahulu kerana orang ramai membuat kesimpulan mudah hanya berdasarkan tontonan trailer di internet,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kontroversi dua filem itu berikutan waktu tayangan untuk mengelak musim pilihan raya umum lalu supaya hal yang boleh menimbulkan sensitiviti, tidak dijaja sebagai modal kempen.
Katanya, Tanda Putera yang dijangka ditayang pada 29 Ogos tahun ini sudah diluluskan tetapi mereka memilih waktu tayangan sempena sambutan hari kemerdekaan negara.

“Kedua-dua filem itu ada masalah untuk ditayang kerana pembikinannya  siap sejak 2012 lagi. Saya sendiri belum menonton The New Village, maka tidak adil jika saya beri komen untuk filem itu. Tetapi, ia sudah diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Maka, pasti ada rasional di sebalik kelulusan itu,” katanya sambil menyatakan, hal ehwal tapisan filem dikelolakan oleh KDN.

Shabery berkata, tiada isu perkauman diketengah dalam Tanda Putera tetapi DAP membuat kesimpulan demikian walaupun beliau percaya pemimpin DAP belum menonton filem berkenaan.

“DAP minta Tanda Putera ditayang kerana mereka tidak lagi membuat aduan. Malah, saya meminta Finas untuk memberi penjelasan lanjut berhubung The New Village,” katanya.
Utusan Malaysia semalam melalui kolumnis Awang Selamat menuduh penerbit filem The New Village mahu menulis semula sejarah dengan mengangkat perjuangan komunis.

Beliau berkata, penerbitan filem berkenaan sebagai usaha mengiktiraf perjuangan komunis termasuk Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
The New Village
Awang turut menyelar kerajaan kerana filem The New Village mendapat kebenaran Finas untuk ditayang terlebih dahulu berbanding Tanda Putera yang lama terperap.

The New Village diarah oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw dengan barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu dan India.

Ia mengisahkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 dan mempapar PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.Detikdaily.
The New Village

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena