Sunday 3 July 2016

Pakatan Harapan: Lim tidak perlu letak jawatan & WhatsApp! Bagaimana PM rasa dihina? "Tak payah jadi ahli politik la..."

Isnin, 4 Julai 2016
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menunduk sebagai tanda terima kasih kepada para penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang semasa Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman (tengah) dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow (kanan) mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Georgtown semalam. - Gambar oleh Bernama
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menunduk sebagai tanda terima kasih kepada para penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang semasa Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman (tengah) dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow (kanan) mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Georgtown semalam. – Gambar oleh Bernama

Pakatan Harapan P.Pinang sokong penuh Lim tidak perlu letak jawatan

Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini menzahirkan sokongan penuh dan sebulat suara bersetuju bahawa Lim Guan Eng, yang menghadapi dua pertuduhan kes rasuah, tidak perlu mengambil cuti dan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, Pakatan Harapan yang diterajui PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP mencapai persetujuan itu dalam mesyuarat pagi ini.
“Terdapat beberapa pendirian yang kami ambil berhubung keputusan ini, yang pertama jawatan yang disandang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekarang ini tidak ada sebarang hubungan ataupun pengaruh dalam badan kehakiman dan juga lain-lain institusi perundangan dan penguat kuasa negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia). Jadi tidak ada campur tangan politik,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat ketua menteri di sini hari ini.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Guan Eng, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
THE MALAYSIAN MIRROR
Tak payah jadi ahli politik la klau tak suka Rakyat kritik..Bila Rakyat kritik kita sebagai pemimpin,,beerti ada masalahlah didalam politik..Rakyat ada Hak bersuara knapa bila bersuara terus kena gari?

Bagaimana PM rasa dihina jika tiada dalam kumpulan WhatsApp?

Peguam Shahredzan Johan hari ini mempersoalkan tindakan polis menangkap seorang penulis berusia 76 tahun yang didakwa menghina perdana menteri melalui perbualan dalam kumpulan WhatsApp.
Beliau berkata tidak mungkin Datuk Seri Najib Razak dihina kerana perdana menteri itu bukan sebahagian daripada ahli kumpulan sembang WhatsApp berkenaan.
"Mesti ada pertalian antara menghina dan orang yang menjadi subjek penghinaan. Bagaimana pertalian boleh wujud jika PM tidak berada dalam kumpulan itu?" katanya dalam laman sosial hari ini.
"Jika saya dalam kumpulan WhatsApp dengan @pedoqpop (Pengguna Twitter) dan saya menghantar sesuatu yang menghina mengenai beliau. Kemudian ya, pasti dia boleh laporkan saya di bawah Seksyen 233," katanya sebagai contoh.
"Hati pemimpin kita ini mesti dibuat daripada kertas tisu," kata Shahredzan dalam tweetnya.
Polis sedang menyiasat penulis itu di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara setahun maksimum atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Seksyen 233 berhubung penggunaan tidak wajar rangkaian komunikasi untuk perkara lucah, sumbang, komen palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen turut menyelar pihak berkuasa kerana menyalahgunakan akta untuk melindungi perasaan seorang pemimpin.
"Kemudian gelar dirinya seorang demokrat. Cuba tengok," katanya tanpa menamakan pemimpin itu.
Najib menyifatkan dirinya sebagai seorang demokrat berikutan referendum United Kingdom untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
Dalam tulisan di Twitter, Najib berkata: "Pengundi di UK telah bersuara. Sebagai demokrat, kita harus menghormati keputusan tersebut. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan kami di Britain dalam menempuh masa depan baharu yang mereka pilih".
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena