Tian Chua bawa Quran, Bible, Gita ke penjara
Susulan tindakan mengejutnya menarik balik rayuan pagi ini, naib presiden PKR Tian Chua perlu menjalani hukuman penjara selama sebulan.
Menurut peguamnya, N Surendran, Ahli Parlimen Batu itu menggunakan masa itu dengan mengkaji kitab-kitab agama serta mempelajari bahasa Sanskrit dan Latin.
Gambar yang dibekalkan oleh peguamnya menunjukkan empat kitab - Quran, Bible, Bhagavad-Gita dan satu lagi yang judulnya tidak dapat dilihat.
"Tian Chua beritahu beliau akan membawa buku-buku ini dan membacanya semasa dalam penjara. Namun, dia tidak berkata banyak, terutama mengapa dia memilih buku-buku ini.
0 comments:
Post a Comment