Wednesday 10 October 2018

[Video Anwar: Saya Pergi Mana-Mana Tengok Beg Teringat Rosmah & Timb. Speaker: Jika hujan pun datanglah undi Anwar] MMC-Gamuda ajak kerajaan sambung rundingan MRT2.

Rabu, 10 Oktober 2018


Foto Parti Amanah Negara.

MMC-Gamuda ajak kerajaan sambung rundingan MRT2

Rakan pelaksana projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2), MMC-Gamuda, menggesa kerajaan menjemput mereka kembali ke meja perundingan bagi mengkaji semula kaedah bagaimana penamatan projek terowong bawah tanah itu boleh ditangani dengan lebih lanjut.
Dalam satu kenyataan hari ini MMC-Gamuda berkata mereka menyambut baik keputusan kerajaan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mengkaji semula projek berkenaan.
Pada masa sama kata syarikat terbabit mereka komited untuk terus membincangkan langkah mengurangkan kos projek berkenaan dan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan.
"Curahan hati oleh kakitangan MMC-Gamuda sejak 48 jam lepas adalah jujur dan datang dari hati mereka sendiri.
"Berdasarkan pengumuman mengenai penamatan kontrak pembinaan terowong bawah tanah MRT2 baru-baru ini kami faham reaksi dan situasi mereka.
"Justeru kami menggesa semua pemegang taruh terutama kakitangan kami, subkontraktor dan para pembekal semua supaya tetap bertenang, bersabar dan memberikan kepercayaan kepada perdana menteri menjalankan proses semakan itu," kata kenyataan tersebut.
Pada Isnin lalu MMC-Gamuda berkata penamatan kontrak mereka untuk membina terowong bawah tanah bagi sebahagian daripada laluan projek MRT2 - bernilai RM16.71 bilion - menyebabkan kira-kira 20,000 orang kehilangan pekerjaan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena