Wednesday 10 October 2018

[Video PRESIDEN AMANAH ENGLISH & Presiden Umno english! Cerekarama Mat Sabu Guan Eng] Umno dah, kini giliran Pas pula? Polis akan siasat transaksi RM2.5 juta Umno-Pas berkait 1MDB & Bersiap sedialah lebai2 Pas bakal dipanggil utk disiasat polis atau pun SPRM.

Rabu, 10 Oktober 2018


Foto Suara Rakyat.
UMNO sudah, kini giliran PAS pula..

Bersiap sedialah lebai2 PAS bakal dipanggil utk disiasat polis atau pun SPRM berhubung dakwaan transaksi RM2.5 juta diterima PAS daripada UMNO pada menjelangnya PRU14 tempohari..

TEPOKKK..

Polis akan siasat transaksi RM2.5 juta Umno-PAS



Sebuah laporan polis mengenai transaksi berjumlah RM2.5 juta antara Umno dan PAS dibuat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2018.

POLIS akan menyiasat dakwaan transaksi sebanyak RM2.5 juta antara Umno dan PAS untuk kemungkinan hubungan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Star hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwan Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Terengganu Muammar Qaddafi Nasir bahawa laporan polis telah dibuat mengenai transaksi itu.
TMI.


Polis sedia teliti dakwaan Umno pindah RM2.5 juta pada PAS

Polis perlu meneliti terlebih dahulu sekiranya terdapat laporan polis mengenai dakwaan Umno telah memindahkan sejumlah RM2.5 juta kepada PAS dengan sumber wang itu kemungkinan daripada dana 1MDB yang diseleweng, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim​​​​​.
​​"Kalau ada kita akan melihat laporan itu sama ada mempunyai unsur rasuah, jenayah biasa atau jenayah komersial," katanya pada sidang media Forum Perdana ‘Undang-undang Pencegahan: Keselamatan Vs Hak Asasi’ anjuran Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) di Kuala Lumpur, hari ini.
Noor Rashid berkata pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya penelitian laporan itu mendapati terdapat unsur rasuah.
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang laporan media hari ini bahawa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu sudah membuat laporan polis pada Ahad mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi pemindahan wang itu.
Pihak media memetik pengarah komunikasi Pemuda Amanah Muammar Qaddafi Nasir sebagai berkata salinan transaksi itu membabitkan pemindahan wang RM1.5 juta daripada pegawai khas bendahari Umno kepada Tabung Pembangunan Jawatankuasa Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) dan RM1 juta kepada tiga penama yang juga anggota parti itu.
Muammar juga dilaporkan berkata siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti sumber dana berkenaan yang dibimbangi adalah wang 1MDB yang diselewengkan.
Sebelum ini, pada April lepas, anggota parti Amanah Datuk Mahfuz Omar, ketika berucap pada program di Guar Lobar, Padang Serai, Kedah, turut mendakwa terdapat tiga pemimpin PAS Terengganu yang menerima wang daripada Umno.
Mahfuz mendakwa wang sebanyak RM1 juta dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lepas.
Anggota Parlimen Pokok Sena itu mendakwa sejumlah RM1.5 juta turut dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
Dalam pada itu, ditanya sama ada polis akan memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk disiasat, Noor Rashid berkata setakat ini tidak ada keperluan.
"Tiada siasatan dijalankan ke atas Ahmad Zahid setakat ini," katanya.
Ahmad Zahid dilaporkan meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 5.40 petang ini selepas lebih lapan jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat badan anti rasuah itu.
Beliau dipanggil SPRM dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.
Sementara itu, dua individu yang menjadi ahli panel forum hari ini ialah pakar undang-undang Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom manakala bekas Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri Datuk Razali Basri bertindak sebagai moderator.
Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena