Wednesday 3 October 2018

[Video Betoi budak ni kata, najib kepada najib kepada najib πŸ˜‚ Semua salah Najib, kata Najib] Rosmah ditahan selepas disoal siasat SPRM & Suaminya juga berdepan 32 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram? Lokman pulak kata Najib bakal berdepan 100 pertuduhan! Huisss manyak nye.

Rabu, 3 Oktober 2018

Semua salah Najib

Rosmah ditahan selepas disoal siasat SPRM

PUTRAJAYA: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendapat izin Jabatan Peguam Negara untuk mendakwanya.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, Rosmah ditahan pada 3.20 petang tadi, selepas disoal siasat hampir 5 jam berhubung siasatan pengubahan wang haram.
Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 8 pagi esok dan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Ini kali ke-3 Rosmah dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, selepas disoal siasat selama 13 jam berhubung dakwaan peranannya dalam skandal 1MDB, seminggu lalu.
Kali pertama Rosmah dipanggil SPRM ialah 5 Jun, disusuli 26 September lalu untuk membantu siasatan ke atas SRC International.
Peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran belum mengeluarkan kenyataan setakat ini.
Suaminya, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan 32 pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd.
FMT.

Najib bakal berdepan 100 pertuduhan, kata Lokman Adam

KUALA LUMPUR: Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa terdapat rancangan untuk mengenakan 100 pertuduhan di mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Lokman yang mendakwa mengetahui perkara tersebut melalui sumber terdekat kerajaan, berkata selain Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga akan ditahan pihak berkuasa.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena