Wednesday 3 October 2018

[Video Isteri bekas PM telah ditangkap SPRM & Hanya Najib pulang ke rumah] Kak Mah dah kena lokap! 'Skot Gempur Pertahan Maruah Isteri PM' xnak wt demo ke mlm ni...Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok.

Rabu, 3 Oktober 2018

Selepas 3 jam disoal, Najib pulang ke rumah

Foto Otai BERSIH.
Kak Mah dah kena lokap. Esok akan di dakwa.
Ni Skot Gempur xnak wt demo ke mlm ni..
Foto Qayla Rasha Rasha.
Qayla  K, ros... Jgn marah yer... Aku nk minum dulu... Kalo mood ok.. Aku membawang.. Kalo x ok.. Aku diam jer.. Bertabah la k, ros yer... Dkt sna nanti ni sume xda.
😂😂

Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok

Image result for Gambar rosmah ditahan SPRM
Isteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata Datin Seri Rosmah Mansor diberkas oleh pegawai agensi antirasuah itu kira-kira jam 3.20 petang tadi.
Katanya ketika itu Rosmah sedang memberi keterangan kepada penyiasat SPRM.
"Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa esok," katanya kepada Malaysiakini.
Penahanan Rosmah itu dibuat hampir lima jam selepas beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan agensi terbabit mengenai skandal 1MDB.
Terdahulu beliau tiba - untuk kali ketiga - di situ kira-kira jam 10.40 pagi ditemani peguamnya Datuk K Kumaraendran.
"Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
"Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8 pagi esok untuk pertuduhan tersebut," katanya.
Sementara itu dalam reaksinya berhubung penahanan itu, Najib memberitahu Malaysiakini, SPRM tidak memaklumkan kepada pihaknya mengenai dakwaan yang akan dikenakan ke atas Rosmah.
"Ya, dia ditahan.
"Kami belum diberitahu mengenai dakwaan (yang akan dikenakan). Peguam Rosmah masih tidak mendapat akses kepada anak guam mereka setakat ini," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena