Thursday 4 October 2018

[Video BICARA NAJIB, Tuduhan Lanjutan] 49 pertuduhan untuk Mr.MO1 and Mrs.MO1! Rosmah pakai baju warna oren? Rosmah juga cuba ganggu saksi (Halim Saad)! Muka masih Umno sudah mahu jadi ketua cabang.

Jumaat, 5 Oktober 2018

49 pertuduhan untuk En. MO1 dan Pn. MO1... 
Rosmah pakai warna oren...
 
Mr.MO1 and Mrs.MO1 combined 49 charges up till now!  

Tumpang sekole.

Rosmah didakwa cuba ganggu saksi: 'Orang itu Halim Saad'

Bekas pengerusi Renong, Tan Sri Halim Saad ialah saksi yang didakwa cuba didekati Datin Seri Rosmah Mansor, dedah prosiding mahkamah pada hari ini.
Ia berlaku apabila pendakwa raya khas, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyerahkan suatu laporan polis kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi.
Pendakwaan menyebut pada masa lalu, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu pernah cuba untuk mengganggu saksi.
Walaupun Sri Ram tidak menyebut nama bekas pengerusi Renong itu tetapi pasukan peguam bela Rosmah yang diketuai K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent bertanya kaitan Halim dalam kes ini.
Pasukan pembelaan mengatakan laporan polis itu tidak dibuat Sri Ram tetapi oleh pegawai SPRM.
Sebelumnya, pendakwa raya khas itu meminta mahkamah menolak permohonan ikat jamin Rosmah dalam kes pertuduhan pengubahan wang haram dan mendakwa beliau ada kecenderungan untuk mengganggu saksi.
Perintah larangan cuba dekati saksi
Susulan itu Sri Ram yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan telah menyerahkan suatu laporan polis yang dibuat pada Jumaat lalu bagi membuktikan penghujahannya.
Beliau berkata jika ikat jamin dibenarkan, mahkamah perlu mengenakan bayaran sebanyak RM10 juta dengan syarat-syarat tertentu.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura seterusnya membenarkan ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin serta Rosmah perlu menyerahkan passportnya dan perintah larangan beliau mendekati atau cuba mengganggu saksi-saksi berpotensi.
Hari ini, Rosmah meminta dibicarakan terhadap 17 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7.1 juta.
Para peguam Rosmah membantah Sri Ram membawakan isu gangguan terhadap saksi itu.
Mk.

Muka masih Umno sudah mahu jadi ketua cabang

Calon Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa pemilihan parti itu 'dicemari' dengan anggota-anggota baru dari Umno yang turut bertanding.
Dalam satu program bersama PKR Kelantan hari ini, beliau mengkritik perkara itu dan menggesa anggota memilih mereka yang sudah teruji dan benar-benar jujur bersama parti.
"Jangan yang baru masuk semalam sudah mahu jadi ketua cabang. Ya, mereka ada wang.
"(Tetapi anggota PKR) jangan pilih yang baru masuk sebulan, muka mereka pun masih muka Umno," katanya kepada sejumlah 250 hadirin di Kota Bharu.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena