Wednesday 10 October 2018

[Video Hadi kata ANWAR IBRAHIM FASIQ?] Zahid masih BELUM SELAMAT! NAMPAK TAK? Kerakusan Pas sehingga sanggup pertikai keputusan muktamad YDP Agong.

Khamis, 11 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
SANGGUP BUAT APA SAJA UNTUK PAS MENANG DI #PRKPortDickson , wpun sebelum ini Hadi sudah buat keputusan MUKTAMAD pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat untuk tidak bertanding di PD !!

Tetapi, tiba2 buat U-Turn bertanding plok....
"Saya yakin mahkamah akan singkir Anwar. Jika mahkamah tak buat keputusan, kami akan buat petisyen" -PAS

"Anwar tak layak bertanding walaupun telah diberi pengampunan YDP Agong" -PAS
NAMPAK TAK !!!.. kerakusan PAS sehingga sanggup pertikai keputusan muktamad YDP Agong.

HAR.. HAR.. HAR..

ZAHID MASIH BELUM SELAMAT....

Pada mulanya ramai yang menjangkakan Presiden UMNO, Zahid Hamidi akan ditahan di lokap malam ini sebelum dibawa ke mahkamah pada Khamis untuk proses pendakwaan.

Bagaimanapun, setelah berada di Bangunan SPRM selama lebih lapan jam untuk diambil keterangannya, beliau dibenarkan pulang jam 5.40 petang tadi.

Lalu, ramai yang bertanya, apa jadi seterusnya?

Adakah siasatan terhadapnya telah berakhir dan nasib sama ada beliau akan didakwa atau sebaliknya akan diketahui di lain masa atau akan dibebaskan daripada sebarang pendakwaan.

Tetapi, menjelang malam tadi SPRM memaklumkan bahawa Zahid Hamidi dikehendaki datang ke SPRM lagi esok untuk diambil keterangannya.

Ini bermakna, meskipun sudah tiga kali dipanggil untuk memberi keterangan, proses penyiasatan terhadap Zahid Hamidi masih lagi belum selesai.

Ini juga bermakna kedudukan Zahid Hamidi masih belum selamat dan tidaklah benar-benar selamat daripada tindakan pendakwaan.

Apakah kedatangan Zahid Hamidi sekali lagi ke SPRM esok untuk diambil keterangan menunjukkan bahawa beliau akan didakwa pada hari Jumaat dan akan bermalam di SPRM malam esok?

Sekali lagi Zahidi Hamidi tentunya berdebar-debar menanti apa akan berlaku kepada dirinya pada esok hari. (ShahbudinHusin 10/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena