Tuesday 9 October 2018

[Video Najib TAK LAYAK bercakap tentang keadilan] Rakyat terpaksa bayar RM42.26 billion hutang/interest 1MDB sehingga Mei 2019 & Adakah Zahid Hamidi tidak ada wang sendiri untuk membayar kad kreditnya?

Rabu, 10 Oktober 2018


ZAHID HAMIDI TAK SEPATUTNYA MEMBELA DIRI MELALUI MEDIA SEBELUM BELIAU PERGI KE SPRM

Presiden UMNO, Zahid Hamidi dijadualkan akan pergi ke SPRM esok (Rabu, pagi ini) untuk diambil keterangannya buat kali ketiga oleh agensi pencegah rasuah itu.

Adalah dipercayai beliau sedang disiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Akal Budi yang dimilikinya untuk membayar hutang kad kredit peribadi serta berkaitan pertemuannya dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa menderma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.

Terdapat juga laporan yang mengatakan selepas diambil keterangannya esok, Zahid Hamidi mungkin akan bermalam di lokap SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pada Khamis untuk proses pendakwaan.
Tetapi, hari ini Zahid Hamidi telah pun tampil dengan kenyataan yang disiarkan dalam beberapa media di mana bellau mempertahankan dirinya serta reda jika kerja-kerja amal yang dilakukannya melalui yayasan tersebut diklasifikasikan sebagai memperolehi rasuah.

Katanya, dana yayasan itu dibiayai oleh beliau sendiri, selain terdapat sumbangan daripada beberapa rakan yang ingin melakukan kebajikan seperti pembinaan masjid,  maahad tahfiz, rumah anak yatim dan beberapa kerja amal yang lain.

Dengan memberi kenyataan kepada media sehari lebih awal sebelum keterangannya diambil oleh SPRM berhubung kesnya yang sedang disiasat itu, Zahid Hamidi sebenarnya telah melakukan sesuatu yang tidak wajar dan tidak patut sama sekali.

Beliau terlihat seolah-olah cuba mencari simpati dan memberi tekanan kepada pegawai SPRM yang akan menyoalnya esok.

Sepatutnya apa-apa keterangan atau pembelaan yang mahu diketengahkannya, ia hendaklah dilakukan ketika memberi keterangan kepada SPRM esok atau sewaktu perbicaraan nanti.

Lagi pula, untuk apa Zahid Hamidi membela dirinya mengenai peranan yayasan, amal jariah dan sumbangan yang diterimanya melalui yayasan itu kerana yang sedang disiasat ialah penggunaan dananya untuk kegunaan membayar kad kredit peribadinya.

Tidakkah Zahid Hamidi sedar bahawa apa-apa dana yang telah disumbangkan kepada yayasan sudah menjadi milik yayasan tersebut dan tidak boleh digunakan sama sekali untuk membayar kad kredit peribadi, meskipun yayasan itu adalah miliknya.

Kenapa dana yayasan digunakan untuk membayar kad kredit peribadi yang dilaporkan sehingga mencecah jumlah RM800 ribu banyaknya?

Apakah Zahid Hamidi tidak ada wang sendiri untuk membayar perbelanjaan peribadinya? (ShahbudinHusin 09/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena