Tuesday 9 October 2018

[Video PM: Kerajaan kaji perkenal cukai baru] Calon PRK Isa Samad syok sendiri? SPRM tahan pengarah urusan dan 6 pegawai eksekutif! Membuat TUNTUTAN PALSU RM50j uta-RM70 juta setahun kerja2 penyelenggaraan jalan kampung di Johor

Rabu, 10 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
HABISLAH.. Isa Samad bakal menang PRK Port Dickson kelak !!!
Harap mana2 parti di luar sana jgn lepaskan peluang keemasan itu utk tarik ambil Isa Samad dalam parti korang..
#SyokSendiri

SPRM tahan pengarah urusan dan 6 pegawai eksekutif

Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' dan enam pegawai eksekutif syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung di sekitar negeri ini.
Menurut sumber, kesemua suspek telah membuat tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja tersebut dari tahun 2014 sehingga sekarang sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
“Jumlah kos penyelenggaraan melibatkan sebanyak RM50 juta sehingga RM70 juta setahun,” kata sumber itu.
Kesemua suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita itu, berusia antara 30-an dan 60-an dan daripada syarikat yang sama ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 9 malam semalam (8 Okt) dan 9 pagi tadi.
Menurut sumber, siasatan masih diteruskan bagi mengesan dan membuktikan syarikat-syarikat lain yang terlibat di sebalik tuntutan ini.
“Anggaran tuntutan palsu untuk tahun ini sahaja RM2 juta. Bagi tahun-tahun lain, masih dalam siasatan SPRM. Syarikat ini diberikan kontrak menyelenggarakan jalan-jalan kampung di seluruh Johor.
"Dipercayai kerajaan negeri Johor melalui sebuah anak syarikatnya mempunyai saham di dalam syarikat ini,” tambah sumber berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan tiga suspek telah direman hari ini dan tiga lagi suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes itu yang melibatkan projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan kampung yang sepatutnya menjadi kepentingan masyarakat luar bandar, dilihat sebagai sesuatu yang SPRM tidak akan berkompromi dengan tindakan kakitangan syarikat tersebut yang membelakangkan kepentingan awam.
“Anggaran keseluruhan wang tunai yang disita adalah melebihi RM800,000,” tambah beliau serta menambah tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan ke atas individu lain yang terlibat.
Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena