Thursday 4 October 2018

[Video RTM tidak perlu lampu ALADDIN (Ustaz 'roti jala' masih bersiaran, menghina penyokong PH?)] Tony Fernandes mahu jadikan Port Dickson macam Dubai & Pas kelihatan terlalu terdesak mahukan undi Melayu.

Khamis, 4 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
Kan dah kene..

Tony Fernandes mahu jadikan Port Dickson macam Dubai

Pengerusi Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes teruja untuk menjadikan Port Dickson sebagai destinasi transit yang berjaya sepertimana Dubai.
Menerusi perkongsiannya di akaun LinkedIn, Tony menganggap fokus yang diberikan kepada Port Dickson ketika ini memperkuatkan lagi sokongan yang telah diberi dalam usaha membangunkan ‘permata belum digilap’ ini sejak bertahun dulu.
“Kedudukannya berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadikannya berpotensi untuk menjadi seperti Pantai Jumeriah di Dubai versi Malaysia untuk pengangkutan penumpang.
“Pembangunan seperti pusat konvensyen, pusat beli-belah serta pusat peranginan antara projek yang kami percaya mampu bawa Port Dickson ke tahap yang baharu.
“Kalau syarikat Emirates mampu bawa penumpang sehingga menjadikan Dubai sebagai destinasi persinggahan yang berjaya.
“Kami berhasrat untuk menggunakan model sama di Port Dickson memandangkan kami telah berjaya mengangkut penumpang dengan jumlah yang lebih besar daripada mereka,” katanya dipetik dari Astro Awani.
MD.

Mahu sembunyi kelemahan pentadbiran, PAS mainkan sentimen perkauman – Guan Eng

PAS kelihatan terlalu terdesak mahukan undi daripada masyarakat Melayu dan Islam di Port Dickson sehingga sanggup menuduh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya tidak konsisten dalam mempertahankan jati diri sebagai seorang Islam hanya kerana melawat rumah ibadat bukan Islam.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, walaupun Anwar tidak menyertai mana-mana majlis keagamaan dalam lawatannya ke rumah ibadat tersebut, beliau tetap dituduh PAS sebagai orang Islam yang tidak boleh dipercayai.
“Permusuhan sebegitu sangat bahaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Semua rakyat Malaysia harus menyatakan sokongan mereka kepada Anwar, calon yang mewakili aspirasi Pakatan Harapan yang berhasrat untuk menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama, tadbir urus baik, merayakan kepelbagaian dan dasar inklusif.”
Beliau berkata demikian mengulas tuduhan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Anwar, yang merupakan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, tidak konsisten dalam pendiriannya terhadap Islam kerana melawat rumah ibadat bukan Islam.
Anwar dalam reaksinya berkata, PAS juga pernah menyertai kempen beliau ke rumah-rumah ibadat semasa berada dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Malah, kata Guan Eng, PAS berterusan mengapi-apikan sentimen negatif dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam terhadap kumpulan minoriti bagi mendapatkan laba politik dan menyembunyikan kelemahan mereka dalam mentadbir kerajaan.
“PAS tiada rekod ekonomi yang boleh dibanggakan menerusi pentadbirannya di Kelantan, yang pada asasnya sebuah ekonomi gagal dengan bajet defisit, yang bergantung kepada bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji penjawat awam di Kelantan,” katanya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena