Sunday 7 October 2018

[Video Separuh Akhir 1 unifi Piala Malaysia 2018] PERAK 5 - 0 SABAH, Terengganu 1 - 0 Johor DT & Persaingan Timbalan Presiden PKR SEMAKIN SENGIT! Antara Azmin dan Rafizi - siapa dijangka menang? Pemimpin Umno semuanya kedekut & Tak usah nak tagih simpati rakyat la...

Ahad, 7 Oktober 2018

Separuh Akhir 1 unifi Piala Malaysia 2018

PERAK 5 - 0 SABAH

Channel TV Marhaen
 

Highlight HD

TERENGGANU 1 - 0 JOHOR DT

Foto Suara Rakyat.
Tak usah nak tagih simpati rakyat sampai jaja satu negara kononnya k'jaan kejam tak bagi buka akaun baru..

JANGAN LAH JADI BODOH... kalau nak buka akaun baru sebab nak kutip derma bukalah akaun kebajikan yg tidak guna nama yg ada pertalian dgn Najib.

Hari tu kata keluarga Najib keluarga hartawan.. Mana pergi harta2 tersebut.. ka sayang nak cairkan harta2 tersebut utk bayar jamin Najib semata2..

PERSAINGAN TIMBALAN PRESIDEN PKR SEMAKIN SENGIT

Sehingga ini enam negeri meliputi 88 cabang telah selesai menunaikan tanggungjawab dalam pemilihan PKR yang dijangka berakhir sepenuhnya hujung bulan ini.

Sebagaimana yang diketahui umum, persaingan yang ditunggu-tunggu keputusannya  ialah perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli.
Enam negeri yang telah selesai mengadakan pengundian ialah Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Azmin telah menang di Johor dan Pulau Pinang, manakala Rafizi pula menguasai negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.
Dari segi undi, Azmin setakat ini memperolehi 19,112 undi dan Rafizi sebanyak 19, 161 undi.

Ini bermakna, Azmin selaku penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR sedang ketinggalan sebanyak 49 undi kepada Rafizi.

Dari segi cabang pula, daripada 88 yang telah selesai melakukan proses pengundian, Rafizi menang sebanyak 51 dan Azmin menang 37.
Dengan kedudukan ini, pengundian pada minggu-minggu seterusnya sudah pasti menjanjikan persaingan yang lebih sengit lagi antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Antara Azmin dan Rafizi - siapa dijangka menang? (ShahbudinHusin 07/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena