Wednesday 15 May 2019

Banyak betul duit2 'jerung' UmnoBN nak bayar jamin! Sampai juta-juta ringgit? Itupun Pas bermati-matian berusaha untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU15 & POLITAIK DEDAK TERBUKTI WUJUD DALAM PAS [Video Umno Si Jantung Hati Pas & Akhirnya DAP Yang Salah]

Rabu, 15 Mei 2019


Imej mungkin mengandungi: 11 orang
Banyak betul duit2 'jerung' nak bayar jamin. Sampai juta-juta ringgit.
Rajin betul diorg simpan duit sejak dari kecil lagi..
Tak heranlah kenapa PAS masih sokong gila melekat dgn UMNO. Nak nampak halal perguna alasan 'perpaduan ummah'.
Itupun Umno & PAS bermati-matian berusaha untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU15, kenapa?
Imej mungkin mengandungi: 2 orang

Suara Rakyat
Daripada RM42 juta, inilah antara jumlah cek RM7.27 juta yg dikeluarkan dari akaun Najib kepada pihak2 tertentu.
Dan saksi pada hari ini juga berkata, RM42 juta itu adalah dari dana 1MDB dan YR1M !!!
BUKANKAH sepatutnya RM42 juta itu utk kegunaan program CRS bukannya utk perbelanjaan peribadi spt bayar duit peguam, bayar kad kredit etc ??!
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, jambang, topi dan teks
GREEN BEAN ARMY
Ni la dia KARTEL DEDAK yg di dedahkan oleh menantu Hadi Awang presiden PAS....
5org kartel dedak ni muncul masa kempen pemilihan muktamar 2015..mereka menggunakan dedak umno utk mencantas beramai2 pimpinan pas yg sekarang bersama Parti Amanah...
Dedak Umno itu juga mereka guna utk menganjurkan prog2 lajnah di hotel hotel seluruh negara menjelang pemilihan parti PAS...
Utk makluman walaunpas...
MAKAN DUIT UMNO TAK HARAM.
TAPI..HARAM JADAH NAMANYA...NI SATU PENGKHIANATAN DALAM PERJUANGAN PAS YG DI BAWA OLEH ARWAH TOK GURU NIK AZIZ BERSAMA PEMBANGKANG.
Imej mungkin mengandungi: teks

POLITIK DEDAK TERBUKTI WUJUD DALAM PAS

Daripada beberapa siri pendedahan yang dilakukan oleh Zaharudin Muhamad kebelakangan ini, apa yang nyata ialah amalan politik wang memang wujud dan mula membudaya dalam Pas.
Jika selama ini kita pernah dikejutkan dengan isu RM90 juta, pemimpin tertentu bergaya mewah dan berkereta mahal, rupa-rupanya dalam Pas juga sudah ada “kartel dedak” yang berleluasa.
Jika sudah ada kartel, tentu pengikut dan anak buah yang menyokong amalan politik wang dan dedak itu lebih besar lagi bilangannya.
Selama ini, Pas boleh dikata parti yang agak bersih daripada amalan politik wang, dedak atau kebendaan ini kerana perjuangan mereka selalu digembar-gemburkan hanya kerana mencari redha Allah dan balasan syurga selepas kematian nanti.
Mengapakah matlamat Pas sudah bertukar kepada syurga dunia?
Sejak bilakah amalan itu berlaku dalam Pas?
Jika Zaharudin, menantu Presiden Pas dan ahli majlis syura sendiri berani mendedahkan mengenai “kartel dedak”, siapakah boleh menafikan amalan buruk itu tidak berlaku dalam Pas?
Zaharudin bukanlah orang kaki lima dalam Pas, sebaliknya beliau berada di beranda kepresidenan parti, bermakna sedikit-sebanyak pendedahan beliau sudah pasti ada asas dan kebenarannya.
Mahu tidak mahu, Pas harus menerima realiti tersebut sebagai tamparan baru kepada perjuangannya.
Tetapi, selain keghairahan kepada kuasa dan kebendaan, satu perkara lain yang menjebakkan Pas ke dalam kancah dedak ini ialah sejak ia mula berbaik-baik dengan UMNO beberapa tahun sebelum ini.
Hanya kerana ada hubungan dengan UMNO, baik secara gelap atau terang-terangan itulah yang menyebabkan bermulanya era dedak dan amalan bergaya hidup mewah dalam Pas.
Sebelumnya, Pas hanya terkenal sebagai parti yang hebat dengan ceramah-ceramah perjuangan Islam yang berjaya menghimpunkan ribuan hadirin di seluruh negara saja.
Ketika itu, gaya hidup pemimpin Pas cukup sederhana, malah belum terpana lagi dengan jenama kereta ternama buatan Eropah.
Tetapi, oleh kerana UMNO yang kuasanya berada di pergentingan waktu dan percaya melalui hubungan baik dengan Pas dapat menyelamatkannya, di situlah bermula segala-galanya.
Dalam UMNO, semua sedia maklum wang adalah raja yang selalu digunakan untuk mendapat dan mengekalkan kuasa.
Walaupun UMNO kini sudah tiada kuasa lagi dan amalan “cash is king” tidak berjaya mengekalkan kuasanya, keburukan politik wang daripada parti itu ternyata sudah meresap dan merosakkan nama baik Pas.
Sedarkah Pas tentang perkara tersebut?
Dan lebih hairan, Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengumumkan Pas akan bergabung dengan UMNO menjelang PRU15 akan datang.
Adakah Pas sebenarnya mahu jadi seperti UMNO? (Shahbudindotcom 14/05/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena