Tuesday, 14 May 2019

Bila dah kantoi, PAS paksa ahli jadi BISU! Saya tak tahu kalau presiden PAS nak saman menantu & 'Jangan berbaloh' Rumah Mahathir banyak makanan, ada 1 tan dodol [Video PAS MAHU KEMBALIKAN PENYAMUN KLEPTOKRASI BN?]

Selasa, 14 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang

KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, rumahnya kini dipenuhi makanan susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggariskan bahawa beliau, menteri sehingga setiausaha politik yang lain tidak boleh menerima hadiah melebihi RM500. Malah katanya, ada juga pihak yang menghantar satu tan dodol kerumahnya sebagai hadiah. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di bangunan Perdana Putra hari ini. 9 Jun lalu Dr Mahthir mengumumkan kerajaan PH hanya menerima ‘hadiah' berupa bunga, makanan serta buah-buahan menerusi pelaksanaan dasar pemberian hadiah dan derma. Polisi tersebut terpakai kepada anggota pentadbiran awam dengan melibatkan menteri sehingga setiausaha politik, namun buat masa sekarang, dasar itu hanya menumpukan terhadap penjawat awam.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

Saya tak tahu kalau presiden PAS nak saman menantu

Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mengungkapkan isu pendedahan yang dibuat oleh menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad membuktikan dakwaannya mengenai penerimaan dana daripada Umno oleh pimpinan PAS sebelum ini adalah benar.
Menurutnya, beliau sendiri sudah membangkitkan perkara itu sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun dinafikan sekeras-kerasnya.
Malah katanya, ramai ahli dan penyokong PAS termakan dengan penafian tersebut.
"Apabila menantu presiden PAS sendiri mendedahkan perkara ini, maka dakwaan saya dan rakan-rakan sebelum PRU lagi terbukti benar.
"Malah ketika itu ada yang kata PAS nak ambil tindakan mahkamah terhadap saya, saya tak tahu kalau presiden nak saman menantu atau PAS nak saman menantu presiden pula," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zaharudin melalui beberapa catatan di Facebook membangkitkan isu "kartel dedak" dalam parti itu.
Menantu Abdul Hadi Awang itu turut mendedahkan lima pemimpin PAS terbabit dalam penerimaan wang jutaan ringgit daripada Umno.
Bagaimanapun lima nama pemimpin berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas, sebaliknya diletakkan mengikut singkatan nama individu yang dimaksudkan.
Zaharudin turut mendakwa pendedahannya dalam isu tersebut direstui, Abdul Hadi, namun mentuanya itu menafikan restu tersebut.
Sementara itu, Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, kenyataan Abdul Hadi yang tidak merestui apa yang didedahkan oleh Zaharudin bermakna beliau menafikan apa yang dibuat oleh menantunya.
"Timbul tanda tanya, apakah dia sedang melindungi perlakuan-perlakuan yang begitu buruk yang dilakukan oleh pimpinan PAS?
"Adakah presiden sendiri terlibat dalam hal ini atau dengan pengetahuan presiden sendiri apa yang dilakukan oleh orang-orang yang dimaksudkan menantunya?
"Saya ucapkan tahniah kepada menantu Zaharudin sebagai ahli parti ini yang kita mahu, harus berani tampil ke hadapan," katanya yang juga timbalan menteri sumber manusia.
Malaysiakini.

Rumah Mahathir banyak makanan, ada yang hantar 1 tan dodol

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa rumahnya kini dipenuhi makanan susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggariskan dasar melarang anggota jemaah menteri, timbalan serta setiausaha politik menerima hadiah melebihi RM500.
Ini katanya, sehingga ada juga pihak yang menghantar satu tan dodol ke rumahnya sebagai hadiah.
“Tidak lagi dapat banyak hadiah, dahulu semasa saya jadi perdana menteri kali pertama, saya terima 26 buah kereta tetapi saya pulangkan dan ada antaranya saya letakkan di muzium (di) Langkawi.
“Kita boleh terima adalah makanan dan bunga. Sekarang ini makanan dan bunga banyak di rumah saya.
“Ada yang hantar satu tan dodol, buah-buahan hingga saya terpaksa berikan kepada pihak lain,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena