Monday, 13 May 2019

Najib & 5 DIKTATOR DUNIA - Diktator besar wooo..Jangan main2, bukan biasyer biasyer! Bila bab dedah nama kartel dedak DIA TAK RESTU? Wakil rakyat DAP sumbang lebih RM60,000 untuk program imarah masjid, surau [Video Adalah baik UMNO-PAS bentuk kerajaan campuran - Dr Zakir Naik]

Selasa, 14 Mei 2019
KiniTV
Pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik menyarankan agar kerajaan campuran UMNO dan PAS memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam. Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum
DIKTATOR besar wooo..
Jangan memain, bukan biasyer biasyer
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Bila bab dedah nama kartel dedak DIA TAK RESTU..
TAPI.. Bila bab tipu org boleh pulak DIA BAGI RESTU..
Begitulah dalam PAS.. Bila dah terbongkar, berbelit-belitlah mulut nak menjawab.

Wakil rakyat DAP sumbang lebih RM60,000 untuk program imarah masjid, surau

Keprihatinan wakil rakyat DAP Parlimen Bentong terhadap pembangunan masjid dan surau diteruskan sempena Ramadan ini menerusi program penyampaian sumbangan kepada rumah ibadat terbabit sekitar daerah Bentong.
Dalam program yang yang berlangsung di Pejabat Ahli Parlimen Bentong dan mendapat kerjasama penuh Jabatan Agama Daerah Bentong itu, sejumlah RM66,000 diagihkan kepada 30 masjid dan 20 surau sekitar DUN Bilut, manakala sumbangan untuk surau DUN Ketari telah diagihkan sebelum ini.
Selain masjid dan surau di kawasan perumahan, turut menerima sumbangan termasuk surau bawah kelolaan jabatan dan agensi kerajaan seperti Surau Balai Bomba Bentong, Surau SMK Lurah Bilut dan Surau Hospital Bentong yang mana rata-rata mengadakan aktiviti sepanjang Ramadan bagi mengimarahkan rumah ibadat terbabit.
Menurut wakil penerima dari Balai Bomba Bentong, PB Mohammad Zamir Izzat Nasir Avetton, sumbangan yang diperoleh sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelajaan pengurusan surau untuk melengkapkan peralatan asas seperti penyediaan kain pelikat dan kos penyediaan juadah berbuka puasa.
“Walaupun kami ada menyumbang kepada tabung surau yang dikutip daripada setiap anggota, tetapi sempena Ramadan sumbangan ini boleh menampung kos lain untuk kegunaan jemaah,” katanya lagi.
Wakil penerima daripada Masjid Al-Falahi FELDA Lurah Bilut, Abdul Mutalib Haji Abu Bakar yang juga pengerusi badan masjid berkenaan, turut menghargai sumbangan yang disalur oleh Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut, Lee Chin Chen apatah lagi banyak program dianjurkan masjid berkenaan sempena Ramadan.
“Masjid Al-Falahi adalah sebuah masjid yang begitu aktif, malah sepanjang Ramadan ini kami mempelawa beberapa pelajar tahfiz berdekatan untuk menjadi imam solat tarawih.
“Selain itu, kami juga ada menganjurkan program pemberian bubur lambuk secara percuma untuk diagihkan kepada masyarakat setempat,” ujarnya.
Menurut Mutalib lagi, masjid berkenaan juga menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan bagi menarik minat orang ramai untuk mengimarahkan masjid.
Sementara itu, Chin Chen yang kelihatan gembira kerana dapat beramah mesra dengan kariah masjid dan surau sekitar daerah Bentong, menawarkan diri untuk bersama-sama masyarakat dalam apa juga program yang dianjurkan oleh pentadbir masjid dan surau khususnya di daerah DUN Bilut.
“Sebagai pemimpIn, saya bukan sahaja memberi sumbangan kepada mana-mana penganut agama tertentu, tetapi saya juga menyalurkan sumbangan kepada semua rumah ibadat yang ada dalam DUN Bilut.
“Kali ini, tiba masa untuk saya mengagihkan sumbangan kepada kaum muslimin pula sempena Ramadan,” kata Lee.
Bagi Wong Tack yang sebelum ini tidak putus-putus menyalurkan sumbangan kepada pembaikan surau dan masjid yang mengalami kerosakan, merasakan Ramadan adalah bulan yang mulia, ditambah dengan suasana masyarakat berbilang kaum bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa walaupun berlainan kepercayaan.
“Saya harap semua maklum sebagai wakil rakyat, saya bukanlah wakil parti tetapi saya bekerja untuk semua golongan tidak mengira mana-mana parti politik.
“Walaupun apa yang saya sumbangkan tidak sebesar mana, tetapi saya begitu gembira kerana dapat menjalinkan hubungan baik dengan pentadbiran masjid dan surau kerana saya ingin terus bekerja demi rakyat,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa masjid dan surau tidak harus menjadi medan politik kerana agama adalah perkara yang suci dan institusi agama adalah medan untuk masyarakat meneruskan kehidupan secara harmoni serta bersatu padu.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman, Penyelaras DUN Pelangai, Nor Haizan Abu Hassan dan Penyelaras Parlimen Bentong, Dasimah Zainudin. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena