Friday 10 May 2019

Bila UMNO hilang kuasa, baru kerja kotor mereka terbongkar & PAS JANGAN CELUPAR [Video SEKARANG PAS TERIMA PARTI TOLAK HUDUD]

Sabtu, 11 Mei 2019
Jom Channel
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mokhtar Senik berkata PAKATAN HARAPAN yang didominasi oleh DAP harus dijatuhkan pada Pilihan Raya Umum ke-15. "Jangan main-main soal memilih dan memangkah. Ia adalah soal agama dan kedaulatan bangsa. Jangan peduli dengan sesiapa yang berkata memilih dalam pilihanraya tiada kaitan dengan agama. Itu jahil dan bodoh namanya" katanya dalam hantaran di Facebooknya, 6 Mei lalu.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
SIAPA AHLI PARLIMEN di kawasan tersebut ?
1) Paloh - HISHAMMUDDIN BIN HUSSEIN ONN (P153-Sembrong)
2) Hutan Melintang - AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (P75-Bagan Datuk)
3) Bera - ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
4) Segamat - S. SUBRAMANIAM, bekas presiden MIC (PRU13, 12 & 11)
SEBAB ITU KENAPA MEREKA susah nak kalah setiap kali ada pilihanraya. Sebab ada sokongan undi dari kem tentera...
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
PAS JANGAN CELUPAR
1. Kenyataan Setiausaha Agong PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai banduan adalah satu kenyataan yang celupar dan biadap yang tidak menghormati kuasa Yang Di-Pertuan Agong memberikan pengampunan penuh tanpa syarat kepada Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018. Kuasa menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan ini telah dilaksanakan secara betul mengikut prosedur undang-undang dan prinsip keadilan.
2. Pengampunan Anwar Ibrahim ini seharusnya dihormati oleh PAS kerana apabila Anwar Ibrahim diberikan pengampunan Diraja ini, beliau juga dibenarkan untuk terus menyertai pilihanraya yang bermaksud sekatan 5 tahun di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit. Ini bermakna sabitan ke atas kes liwat II telah diketepikan dan Anwar Ibrahim bukan seorang banduan.
3. PAS tidak seharusnya membangkitkan isu ini kerana umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim dituduh dan dihukum atas campurtangan politik. Kes liwat II terhadap Anwar Ibrahim yang dituduh dan dihukum 5 tahun penjara ini berlaku ketika pemerintahan kleptokrat Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhkan rakyat. Jangan hanya kerana mahu membela Najib Razak yang kini berhadapan puluhan kes penyelewengan dan korupsi, PAS sanggup berterusan menggadaikan prinsipnya membela kezaliman dengan membangkitkan isu Anwar Ibrahim sebagai banduan sedangkan beliau telah diiktiraf undang-undang layak dipilih sebagai Perdana Menteri.
Faiz Fadzil
10 Mei 2019

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena