Friday, 3 May 2019

Hapuskan parti yang BERGELUMANG SKENDAL RASUAH berbilion2! Undi DAP tak akan jadi orang Kristian [Video SIAPA YANG MENGANCAM ISLAM?]

Sabtu, 4 Mei 2019
Jom Channel
1. SIAPA YANG MENGANCAM ISLAM? 2. PINJAMAN KWAP KEPADA SRC DIJAMIN KERAJAAN 3. BEBASKAH MEDIA JIKA DIKENDALI PENGAMAL MEDIA? 4. KERJASAMA PAS-UMNO TANGGUH RUU 355
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, meme dan teks
Beragama Islam, Bangsa Umno-melayu belaka yg didakwa atas perbagai kesalahan rasuah berbilion² berjuta² ringgit & salahguna kuasa & ubah wang haram di era BN menjadi kerajaan.Tetapi dituduhnya fitnahnya Islam sedang terancam di bawah PH ?
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks
Tak heranlah kenapa PAS masih sokong gila melekat dgn UMNO. Nak nampak halal perguna alasan 'penyapuan ummah'.
HIDUP UMNO!
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, teks
SEBELUM ini kata.. "SOKONG UNDI calon bukan Islam membawa mudarat lebih besar kepada Islam dan Melayu, mereka pijak agama Islam", kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man !!
TIBA-TIBA.. Sekarang PAS beri sokongan pula kepada calon PBS bukan Islam dalam#PRKSandakan walaupun ada dua orang calon Bebas yang beragama Islam.

Undi DAP tak akan jadi orang Kristian - Shafie

Sokongan terhadap DAP pada pilihanraya kecil Sandakan tidak akan menyebabkan akidah seorang umat Islam itu gugur dan tiba-tiba bertukar menjadi panganut Kristian, kata Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal.
“Ada orang Islam takut dan bimbang (bertanya) kenapa kamu undi (DAP berlambang) roket itu. (Katanya) itu Kristian...Tapi kita jangan persoalkan agamanya dan bangsanya. 
"(Bagaimana pula jika) akan datang, PAS berucap mesti sokong calon PBS, bayangkan PAS mahu sokongnya?
“Kamu tahu kalau PAS sokong PBS, pengundi Cina pun kena berhati-hati untuk sokong PBS. Kalau dia sokong nanti haram ini haram itu. Susah nanti.
“Bayangkan dalam politik kita kena hati-hati dan teliti, kita tahu haram, kita tahu halal. 
"Bagi kita mana haram jangan makan, makan halal dan asingkan. Tidak betul kita sokong DAP akan jadi orang Kristian, kita kekal sebagai Islam," katanya.
Tak tukar akidah
Beliau berkata demikian pada majlis mengalu-alukan bekas timbalan ketua menteri Sabah Raymond Tan yang menyertai Warisan petang tadi di Sandakan.
Menjelaskan lanjut, Shafie yang juga ketua menteri Sabah berkata penyertaan DAP dalam kerajaan negeri yang dipimpin Warisan tidak menukar akidah beliau.
“Saya sokong DAP bekerjasama dengan kita (dalam kerajaan Sabah). Bukan (menjadikan) saya Kristian, saya masih Islam, ia masih di dalam hati saya," tegasnya.
Shafie yang juga MP Semporna berkata kerjasama dengan DAP membolehkan beliau berunding dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Dengan nada berseloroh beliau berkata: “Saya sudah bagi tahu Lim Guan Eng, anda jangan macam-macam. Saya ketua menteri Sabah, anda kena bagi peruntukan kepada Sabah.”
Menurut beliau, sekiranya DAP berjaya mempertahankan kerusi parlimen Sandakan, suara Sabah akan lebih didengar diperingkat persekutuan.
"Yang penting kita pastikan calon DAP pada kali ini kita pastikan kemenangan dia bukan hanya tingkatkan majoritinya. Kita nak paparkan supaya PRK ini bukan Cameron Highlands dan Semenyih, ini Sandakan.
“Betul? Jangan kita kalah, boleh? Jangan hari ini boleh, esok 11 Mei tak boleh pula. Saya bimbang ini," katanya yang bersambut sorakan "ya" daripada kira kira 300 ahli dan penyokong Warisan.
Malaysia menyaksikan tujuh pilihan raya kecil berlangsung termasuk di Sandakan selepas PRU14 tahun lalu.
PH menang PRK di DUN Seri Setia, Sungai Kandis, Balakong dan di parlimen Port Dickson.
Sementara itu sejak Januari ini, PH gagal menguasai PRK parlimen Cameron Highlands dan DUN Rantau, selain terlepas DUN Semenyih yang dimenangi Bersatu pada pilihan raya umum ke-14.
Pada masa yang sama, Shafie turut mengkritik Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana disifatkan tidak membawa sebarangan kemajuan kepada Sandakan, bandar terbesar kedua di Sabah.
“Apa dia bawa bagi Sandakan? PBS tidak bawa apa-apa kepada Sandakan, PBS buat apa?
"Kita sudah tahu, sepuluh tahun dalam kuasa, bagi dia sepuluh tahun semasa Joseph Pairin Kitingan jadi ketua menteri, kita baru sembilan bulan dah bising, orang mengandung sembilan baru beranak," katanya lagi.
PBS pernah memerintah Sabah dari 1985 hingga 1994. PBS pernah menyertai BN pada tahun 1986 tetapi keluar menjelang PRU dan pilihan raya negeri Sabah pada 1990.
Shafie seterusnya menggesa anggota Warisan supaya tidak mendengar cerita hasutan, berkata parti itu mampu mentadbir Sabah.
“Kita perlu pastikan perjuangan kita jangan ikut emosi, jangan mudah kita dihasut oleh cerita-cerita, seperti kerajaan Warisan tidak mampu mentadbir kerajaan negeri.
“Siapa yang cakap? Jangan berkata sebegini. Saya sudah 32 tahun di Kuala Lumpur pernah mentadbir tujuh kementerian, jangan kata saya tidak boleh buat untuk kebaikan Sabah," jelasnya lagi.
Sementara itu, Shafie juga mengumumkan mesyuarat kabinet kerajaan Sabah akan diadakan di Sandakan pada minggu depan,
Pada kebiasaannya mesyuarat kabinet kerajaan Sabah berlangsung di ibu negerinya di Kota Kinabalu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena