Tuesday, 14 May 2019

MP DAP puji kecekapan PDRM patahkan rancangan serang rumah ibadat, pembunuhan [Video PAS larang ahli bincang isu parti di media]

Selasa, 14 Mei 2019

Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan teks

MP DAP puji kecekapan PDRM patahkan rancangan serang rumah ibadat, pembunuhan

Seorang pemimpin DAP hari ini memuji tindakan tangkas polis mematahkan rancangan empat lelaki untuk melancarkan serangan ke atas rumah ibadat dan pembunuhan beberapa individu berprofil tinggi di negara ini.
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, beliau turut berharap agar saki-baki suspek dapat dikesan dan diberkas dengan segera oleh polis.
“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meningkatkan usaha dalam memastikan keamanan dan keselamatan terus wujud di negara tercinta ini.
“Saya ingin sekali lagi menzahirkan penghargaan dan pujian atas usaha murni yang ditunjukkan pasukan Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, seperti dilapor media semalam, berkata semua suspek yang ditahan disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.
Mereka ditahan pasukan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, PDRM dalam empat siri serbuan antara 5 hingga 7 Mei lalu di Terengganu dan Lembah Klang.
Serangan dipercayai bermotifkan dendam bagi menuntut bela atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield pada tahun lalu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena