Thursday 4 May 2017

[Video Awas PAS! Jangan kamu Sekongkong Dgn Najib UMNO] Pelan menyelamat 1MDB gagal bila projek China bermasalah.

Khamis, 4 Mei 2017

Image result for Gambar 1MDB
kritik2u - blogger

Pelan menyelamat 1MDB gagal bila projek China bermasalah

HUSEIN MAHAT

Pembatalan perjanjian penjualan Bandar Malaysia akan menjejaskan pelan menyelamatkan 1MDB dan memberi isyarat bahawa projek-projek kepentingan China di negara ini tidak seindah dibayangkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, pentadbiran Najib akan terus menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB terutama bila projek-projek yang disusun dengan pembiayaan dana Kerajaan China mula bermasalah.

"Ini bermakna, Datuk Seri Najib akan terus dihantui oleh masalah hutang akibat 1MDB yang akan mengheret beliau dan rakyat Malaysia terus berdepan dengan risiko kehilangan berpuluh bilion ringgit untuk menutup lubang hutang tersebut," katanya.

Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan merujuk kepada laporan-laporan media mengenai pengumuman tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Pangkalan Udara Sungai Besi yang kini dipanggil 'Bandar Malaysia'.

Ia membabitkan TRX City Sdn Bhd, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.

Pengumuman itu menyatakan syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan anak syarikat Kerajaan China, China Railway Engineering (M) Sdn Bhd telah gagal membeli pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia, projek yang diumumkan bernilai RM7.42 bilion.

"Ini bermakna pengumuman-pengumuman sebelum ini bahawa kononnya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah berjaya menstrukturkan kembali hutang-hutang 1MBD dengan sendirinya terbatal

"Secara langsung, ia mengesahkan hakikat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib masih belum ada jalan untuk menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang kini ditanggung oleh rakyat dan bakal diwariskan," tegas Rafizi.

Menurutnya, penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia pada hujung 2015 telah mengundang kemarahan rakyat kerana tanah pangkalan udara yang sangat strategik dan bersejarah dijual kepada syarikat asing.

"Alasan yang diberikan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib pada ketika itu ialah keperluan nasional untuk menstrukturkan semula hutang-hutang 1MDB.

"Walau bagaimana pun, terbatalnya penjualan tersebut bermakna hutang yang ditanggung oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd (anak syarikat 1MDB) dan 1MDB keseluruhannya masih kekal tidak diselesaikan.

"Ini termasuklah sejumlah RM1.55 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji akibat kertas hutang sukuk yang diterbitkan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan dibeli oleh Tabung Haji dalam tahun 2014," jelas Rafizi lagi.

Bayaran pokok pertama yang perlu dibuat kepada Tabung Haji, ujar beliau adalah pada 2021 dan bakinya pada 2024.
Sehubungan itu, beliau menggesa peneraju Tabung Haji memberi maklum balas kepada para pendeposit berhubung pembelian sukuk tersebut memandangkan belum ada tanda-tanda dana Tabung Haji berjumlah RM1.55 bilion itu akan dapat dibayar sepenuhnya tanpa melibatkan penggunaan dana awam.
Beliau menambah, pembatalan urusniaga syarikat usahasama IWH-CREC ini juga mempunyai kesan yang lebih besar kepada masa depan politik Najib.

"Pemerhati politik dan ekonomi sedia maklum bahawa kekuatan kewangan syarikat milik kerajaan China (iaitu CREC) adalah sebab utama kenapa tanah yang begitu strategik dijual kepada satu syarikat usahasama asing.

"Malah kebelakangan ini, Datuk Seri Najib dilihat cukup akrab dengan kerajaan China sehingga menimbulkan spekulasi sebahagian besar dana yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kewangan akibat 1MDB berkemungkinan datangnya dari China," ujarnya.

Beliau yakin pembatalan jual beli melibatkan syarikat gergasi milik kerajaan China itu menandakan hubungan di antara pentadbiran Najib dan kerajaan China tidaklah sebaik yang diuar-uarkan.

"Jika ada perbezaan besar mengenai jual beli Bandar Malaysia hingga menyebabkan pertikaian terbuka di antara anak syarikat kerajaan China dengan kerajaan Malaysia, itu bermakna hubungan yang mendingin itu akan turut terpalit kepada projek-projek besar yang lain seperti pembinaan Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL)," katanya.

Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena