Friday, 12 May 2017

[Video Azmin Baru Sedar Dengan Tindak-tanduk PAS] Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas.

Jumaat, 12 Mei 2017

Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP

Sheikh Omar Ali
Keputusan Pas memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR turut mendapat komen pemimpin muda DAP.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menyifatkan PKR kini turut menjadi mangsa tabiat melabel Pas apabila majlis syura ulamak parti itu menuduh PKR  menentang sebahagian daripada agenda Islam yang dibawa Pas.
"Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang cukup berat. Nampaknya bukan sekadar DAP sahaja yang menjadi mangsa labelan Pas kononnya menentang Islam, rupanya PKR juga dihukum hal yang sama," ujarnya.
Bagaimanapun beliau tertarik dengan 'penghakiman' berbeza Pas terhadap situasi kerjasama parti itu dengan PKR di Selangor.
Menurut Sheikh Omar, dengan menggunakan istilah 'maslahah' sebagai alasan, pendirian Pas terhadap kedudukan perjawatan ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu dalam kerajaan negeri Selangor khususnya exco negeri tidak setegas keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.
"Hal ini membenarkan kenyataan yang pernah saya lontarkan pada 1 Mei lalu bahawa 'Tuhan bukanlah sekala-galanya bagi Pas saat bertembung soal kuasa'," katanya.
Tambah beliau, dengan menggunakan hujah apa sekalipun, sukar bagi Pas untuk berundur setelah merasai nikmat berada di tampuk kuasa.
"Masakan Pas mahu lepaskan jawatan-jawatan mereka dalam kerajaan negeri? Tidak mungkin.
"Pas tidak peduli semua ini biarpun bakal digelar 'muka tak malu', ibarat 'sudah ditalak, tapi masih mahu duduk serumah'!" ujarnya sinis.
Beliau bagaimanapun berkata, bola kini terletak di kaki Pakatan Harapan khususnya PKR untuk menilai dan membuat keputusan khususnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Bagi saya, usaha Pas mencucuk hidung Azmin bakal kita saksikan dalam percaturan parti itu memposisikan diri mereka sebagai 'kingmaker' menjelang PRU ke-14 yang kian hampir," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena