Saturday 13 May 2017

[Video Bolehkah anak muda Malaysia bersatu?] DUN Sarawak lucut kelayakan wakil rakyat DAP? Guan Eng terkejut!

Sabtu, 13 Mei 2017

Related image

Dun Sarawak lucut kelayakan wakil rakyat DAP

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak melucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut pada persidangan Dun hari ini.
Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu, dipercayai kes pertama di Malaysia, selepas Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh membentangkan usul untuk melucutkan kelayakan Dr Ting.
Wong membuat usul itu atas dasar wakil rakyat DAP berkenaan mempunyai kerakyatan Australia yang dilepaskannya pada 4 April 2016, tiga minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.
Beliau juga berkata Dr Ting telah diisytiharkan muflis dua kali di Australia di bawah Pihak Berkuasa Kewangan Sekuriti Australia pada 24 Jun 2012 dan 11 Sept 2012.
Wong berkata Dr Ting sebagai warganegara Australia, juga merupakan pengundi berdaftar di Australia.
Beliau berkata semua itu melanggar Perkara 17(1)(G) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Guan Eng terkejut pelucutan jawatan Adun Pujut, mahu bawa kes ke mahkamah

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak melucutkan keanggotaan Anggota Dewan Undangan Negeri Pujut, Dr Ting Tiong Choon dari DAP semalam.
Beliau berkata tindakan itu berbaur politik.
Katanya Mahkamah Pilihan Raya tahun lepas telah menolak petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN Pujut yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong yang mendakwa Dr Ting mempunyai kewarganegaraan Australia setelah mendaftar sebagai pengundi di Australia.
Penolakan itu dibuat pada Oktober tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Pilihan Raya, P. Ravinthran yang turut mengarahkan pempetisyen membayar kos RM80,000 kepada responden.
Lim menambah mahkamah telah memutuskan bahawa ia merupakan pemilihan yang sah tetapi DUN Sarawak telah membelakangi keputusan mahkamah dengan mengemukakan usul untuk melucutkan jawatan Dr Ting.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP akan membawa perkara itu ke mahkamah.
Beliau pada masa sama berkata beliau telah mengarahkan DAP Sarawak untuk bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil diadakan di Pujut.
Sementara itu beliau berkata beliau menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta tiga anggota exco kerajaan negeri Selangor dari PAS untuk melepaskan jawatan mereka setelah PAS membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena