Saturday, 13 May 2017

[Video Tony Pua ~ Arul Tipu ISU 1MDB] Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia' & Gempar! (Cerita dulu-dulu) 10 ekor hantu muncul ketika lawatan Najib di Pekan!

Sabtu, 13 Mei 2017


Gempar! Hantu muncul ketika lawatan Najib di Pekan!

LIHAT keratan laporan berita yang diambil daripada portal News Strait Times, NST di bawah ini baik-baik. Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib.

Salah seekor hantu itu memakai tudung berwarna merah satu suit saling tak tumpah seperti uniform wanita Umno. Benarlah kata Tun Mahathir sebelum ini bahawa Umno dan Barisan Nasional adalah "syaitan yang dikenali".


Lihat dengan mata kepala anda sendiri gara-gara mahu menunjukkan kononnya program yang dihadiri oleh Najib Razak mendapat sambutan, maka hantu-hantu terpaksa digunakan.

Lihat dalam dua bulatan berikut apabila gambar di atas diperbesarkan hantu-hantu kembar digunakan untuk memenuhi ruang-ruang kosong dalam gambar supaya majlis Najib Razak nampak meriah.


Inilah kerja akhbar-akhbar propaganda Najib Razak yang seangkatan dengan Utusan Syaitan dan Berita Hairan. Sanggup menggunakan gambar "photoshop" untuk menipu rakyat, namun mereka terkantoi di situ! Kah kah kah...

ReJaM© "Nasib baik dia tak edit gambar Rosmah jadi dua kah kah kah... "
.milosuam.net

Halau 'hantu 13 Mei' guna 'jampi Bangsa Malaysia'

Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyeru pihak yang sudah lemah dan bersikap rasis serta sempit dalam beragama agar memberikan ruang kepada pemimpin baharu bagi memelihara dan menjaga negara ini berteraskan negara bangsa untuk Malaysia.
Sempena dengan 13 Mei yang menjadi sejarah hitam bagi negara ini, beliau turut menyeru rakyat menolak mesej kebencian kaum agama oleh sesetengah pihak.
Hal ini katanya kerana dalam suasana kleptokrasi dan salah guna kuasa pihak yang memerintah, kebencian kaum dan agama mudah menjadi alat mencapai maksud sempit sesetengah golongan apatah lagi jika ia diinsitusikan dan diberkati oleh golongan agamawan dan tokoh masyarakat.
"13 Mei 1969 bukanlah sejarah yang hendak dibanggakan, ia seharusnya sejarah negara yang meninggalkan bekas pengajaran kepada generasi pewaris.
"Sesebuah negara terpaksa melalui proses melalui detik pahit dan manis dari peristiwa yang membentuk jatidiri dan semangat patriotik mereka. Kini setelah 48 tahun berlalu peristiwa 13 Mei masih berbekas dan menjadi bahan cerita sesekali ditokok tambah dengan mitos dan kisah lagenda," katanya.
Amat malang katanya apabila bekas perbalahan kaum berdarah itu disuburkan oleh sesetengah pihak dengan membawa agenda rasis diselit dengan kebencian agama.
"Masih lagi ada seruan 'bahaya bangsa asing (kaum Cina)' 'bela bangsa (Melayu) 'pendatang' dan 'perpaduan Melayu'," katanya.
Sebaliknya beliau berkata, peristiwa 48 tahun lalu patut menjadi sempadan agar rasisme dan agama sempit tidak menjadi aturan dalam hubungan antara kaum.
"Kita wajib menghalau gangguan 'hantu 13 Mei' menggunakan 'jampi Bangsa Malaysia' dengan tekad memelihara fondasi negara yang merangkul erti Kepelbagaian," katanya yang juga ahli parlimen parit Buntar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena