Saturday 13 May 2017

[Video Najib Jual Tanah Kpd CHINA Utk Bayar Hutang 1MDB Yg Dirompak & Lembu Melenguh Mbooo!] Inilah punca Ahli-ahli Umno jerit 'boooo' dan 'kita ditipu' di Stadium Bukit Jalil.

Sabtu, 13 Mei 2017


Foto Otai BERSIH.
Suka Halaman Ini · 11hb Mei 
 Kami sokong GST & MO1. Undi Umno dapat lebih Rasuah. Yeah! 
Inilah punca Ahli-ahli Umno jerit 'boo' dan 'kita ditipu' di Stadium Bukit Jalil semalam

PUNCA jeritan 'boo' dan 'kita ditipu' berulang kali yang bergema di Stadium Bukit Jalil semalam ketika berlangsungnya Perhimpunan 71 Tahun Umno didedahkan oleh salah seorang peserta yang hadir.
Dalam salah satu catatan di Facebook, Zaki Abdul Sani yang juga merupakan salah seorang penyokong tegar Umno yang hadir mendakwa, mereka merasa tertipu dengan cabutan bertuah yang dijalankan.

Dakwanya, tiada sebarang cabutan bertuah dijalankan semalam, sebaliknya nama pemenang utama sebuah kereta Perdana tiba-tiba diumumkan.

Selain itu pengerusi majlis hanya memberitahu bahawa pemenang-pemenang lain akan dihubungi kemudian.

Inilah punca yang menimbulkan kemarahan di kalangan ahli-ahli Umno yang hadir sehingga mereka menunjukkan protes dengan jeritan 'boo' dan 'kita ditipu' sebelum bertindak keluar dari stadium secara beramai-ramai.



"Tanpa mereka sedari, selepas majlis memotong kek oleh PM, semua nama pemenang telah dipaparkan di skrin Utama (Stadium) Bukit Jalil, tanpa dilakukan pengumuman MC majlis," tulisnya.

Zaki turut mempersoalkan adakah Umno tidak faham erti cabutan bertuah, ataupun cabutan bertuah tersebut hanyalah satu gimik sahaja.

Beliau turut menyebut seseorang yang bernama Dato Rauf yang didakwa telah mencemarkan nama baik perdana menteri.

"Apa-apa pun abe (abang) mewakili 100 ribu yang merasa telah ditipu mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada dato Rauf yang telah mencemarkan nama baik Presiden
Umno, Dato Seri Haji Najib Razak," sindirnya lagi dalam kiriman itu.

"Abe rasa isu ini akan 'back fire' kepada semangat ahli-ahli Umno yang telah hadir ke Bukit Jalil," tambahnya.

Program Cabutan bertuah dilaporkan sebagai salah satu tarikan kepada ahli-ahli Umno supaya hadir ke Perhimpunan 71 Tahun Umno yang diadakan di Stadium Bukit Jalil semalam.

Difahamkan jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan berjumlah melebihi RM1 juta dengan hadiah utama sebuah kereta Proton Perdana.

Sumber — Zaki Abdul Sani

.milosuam


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena