Saturday 13 May 2017

[Video 'Di mana ada Subra, di situ anti-Subra turun'] MB minta 3 Exco lepas jawatan, Tunggu perkenan Sultan kata PAS.

Sabtu, 13 Mei 2017

MB minta 3 Exco lepas jawatan, Tunggu perkenan Sultan kata PAS

Posted on 
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali meminta tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor supaya melepaskan jawatan masing-masing sebagai ahli exco kerajaan negeri.

Menurut laporan mStar, permintaan itu dibuat semasa mesyuarat selama satu jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. Mesyuarat itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Sallehen Mukhyi.

Azmin juga telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri. Difahamkan, wakil PAS akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.
Dalam pada itu PAS akan akur dengan keputusan melepaskan jawatan exco jika mendapat perkenan Sultan Selangor, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS berkata ini kerana pelantikan exco kerajaan negeri itu adalah bawah bidang kuasa Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor.
“Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan,” katanya kepada mStar lagi.

Komen Anda

Morsi Islam ·

Suatu langkah yang agak wajar juga. PAS harus melepaskan jawatan Exco demi menjaga maruah parti. Azmin boleh melantik 2 anggota Amanah dalam Dewan Negeri sebagai Exco baharu dan mungkin seorang lagi dari PKR atau DAP. Dengan calon Amanah menjadi Exco, Amanah akan menjadi parti yang lebih mantap. Pakatan Harapan pula turut menjadi mantap.
LikeReply3 hrs
Chehalim Telokchengai
Amanah akan bebas bergerak untk PRU 14 nanti.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena