Friday, 5 May 2017

[Video Empat ADUN Selangor setia dengan PKR, kata Saifuddin] Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor & Exco PAS Turut Sambut Azmin Di KLIA.

Jumaat, 5 Mei 2017

Hadi bayangkan peralihan kuasa Kerajaan Selangor  

Spekulasi bahawa Kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali akan bertukar tangan seolah-olah bakal menjadi realiti selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘tidak menolak kemungkinan’ berlaku peralihan kuasa pemerintahan di negeri itu. 

Ahli Parlimen Marang itu memberi ‘bayangan’ susulan Majlis Syura Ulama PAS dijangka membuat keputusan memutuskan tahalul siyasi dengan PKR dalam masa terdekat. 

“Biasalah, kemungkinan boleh berlaku,” katanya di Pulau Kapas, Khamis.

Posted by Mohd Sulaiman

Exco PAS Turut Sambut Azmin Di KLIA

Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa kemungkinan kerajaan negeri Selangor bakal tumbang,
Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali disambut oleh puluhan penyokong yang membawa pelbagai sepanduk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.

Antara yang hadir adalah dua orang anggota exco PAS Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi bersama timbalan speaker DUN Selangor, Shafie Ngah, yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor.

Walau bagaimanapun, kelibat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad, yang juga seorang anggota exco kerajaan negeri tidak kelihatan pada majlis anjuran kelab penyokong kerajaan (BBC) negeri itu.
"Dewan Undangan Negeri belum dibubarkan, bukan?" kata Azmin yang sempat berseloroh ketika bersalaman dengan timbalan speaker.

Antara yang hadir termasuk ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, Ahli Parlimen, Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala wakil rakyat PAS yang hadir adalah ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman, ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan ADUN Seri Sedang,Noor Hanim Ismail.

Azmin ketika bercakap kepada pemberita, menolak spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan negeri yang diterajuinya bakal tumbang.

Ini susulan Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah, minggu lalu, yang bersetuju meminta Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Jelas sekali, pilihan raya umum semakin hampir, tetapi angan-angan Umno masih jauh daripada realiti.

"Umno beranggapan dengan membuli kerajaan negeri, kita akan hadapi masalah, tetapi hari ini kerajaan Selangor begitu kuat," katanya.

Azmin dan delegasinya pulang susulan lawatan ke Maghribi, Jordan dan Mesir sejak 1 Mei lalu bagi menyampaikan sumbangan pendidikan Peduli Siswa RM2.5 juta kepada pelajar Selangor di sana.

PAS minggu lalu sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa agar Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

Parti itu kini masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR, dengan tiga wakilnya dilantik sebagai exco.

Langkah itu jika diluluskan Majlis Syura Ulama bakal memberi kesan terhadap kedudukan exco PAS di bawah pentadbiran Azmin.

- mkini

Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena