Saturday 13 May 2017

[Video Wahai PAS, Kenapa Tak Maki MCA Yg Juga Tolak HUDUD] Mat Deka 'melipat bendera Pas' mewakili 40 yang lain masuk AMANAH selepas 40 tahun bersama parti lamanya.

Sabtu, 13 Mei 2017

Foto Parti Amanah Negara.
Mat Deka melipat bendera Pas tanda gimik berakhirnya hayat beliau bersama parti yang telah didokong olehnya lebih 40 tahun
Foto Parti Amanah Negara.
Mat Deka mewakili 40 yang lain menyerahkan borang keahlian kepada Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus — dengan Hasnul Zulkarnain.
Foto Parti Amanah Negara.
Kapten (B) Mohd Ali menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain.
Masuk AMANAH selepas 40 tahun bersama Pas
KUALA KANGSAR: Selepas lebih 40 tahun bersama Pas, seorang ahli tegar parti itu telah mengambil keputusan untuk menyertai AMANAH.
Mohd Hamka bersama 41 orang yang lain telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam satu majlis di Kampung Jelian, Manong, Kuala Kangsar hari ini.
Menurut sumber, Kampung Jeliang adalah antara cawangan Pas Kawasan Kuala Kangsar yang paling lama ditubuhkan dan sangat aktif.
Mohd Hamka yang lebih dikenali Mat Deka oleh penduduk setempat adalah penggerak utama dalam Pas dan telah menjadi ahli parti itu sejak tahun 1977.
Tindak tanduk dan pendekatan Pas sejak kebelakangan ini katanya antara menjadi pendorong kepada beliau dan rakan-rakannya yang lain untuk keluar daripada parti yang telah lama didokong sebelum ini.
Lebih mengecewakan beliau apabila Pas mengambil keputusan untuk membatalkan kerjasama politik dengan KeADILan dan sebelum itu mengkuburkan pakatan pembangkang yang diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu.
Mat Deka berkata, beliau mengambil keputusan menyertai AMANAH setelah melihat kesungguhan parti itu untuk menumbangkan BN seperti yang dididik oleh Pas sejak sekian lama sebelum ini.
Katanya lagi, kebersamaan AMANAH dalam gabungan besar Pakatan Harapan turut menjadi faktor kepada beliau dan rakan-rakannya menyertai parti AMANAH yang turut bertunjangkan Islam itu.
Dalam Majlis Kenduri Rakyat anjuran AMANAH Kuala Kangsar itu, Mat Deka telah melipat bendera Pas sebagai gimik berakhirnya hayat beliau bersama parti yang didokongnya lebih 40 tahun lamanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi, Ketua AMANAH Kuala Kangsar, Hasnul Zulkarnain dan Bekas Calon AMANAH ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli.
Dalam majlis yang berasingan, bekas Pengerusi Tetap Pas Kawasan Padang Rengas, Kapten (B) Mohd Ali turut mengambil keputusan yang sama untuk menyertai AMANAH.
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Hasnul Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak dalam program minum pagi yang diadakan di Padang Rengas pagi tadi.
Mohd Ali adalah antara tokoh masyarakat dan telah diberikan amanah memegang jawatan pengerusi tetap itu selama 15 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena