Saturday, 4 November 2017

[Video PH Dun Manjoi "kami sudah tidak kena hambat lagi" & Bekas Pemuda Umno: Mari kita tamatkan riwayat & tumbangkan UmnoBN!] SAMAN HADI (Pas) – CLARE (Sarawak Report) Penyata pembelaan termasuk kes bunuh Kevin Morais.

Sabtu, 4 November 2017

Image result for Gambar Kevin Morais

Saman Hadi – Clare: Penyata pembelaan termasuk kes bunuh Kevin Morais

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mendakwa timbalan pendakwaraya SPRM, Kevin Morais menghantar kepadanya draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai skandal 1MDB yang kemudian didakwa oleh pihak berkuasa sebagai palsu.
Beliau membuat dakwaan itu dalam pernyataan pembelaan berkaitan saman fitnah yang difailkan terhadapnya di United Kingdom oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga mendakwa menerima dokumen itu sehari selepas bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat daripada jawatannya pada 27 Julai 2015.
“Defendan (Rewcastle-Brown) telah menerima draf pendakwaan dan maklumat berkaitan rancangan untuk mendakwa Najib dan pemecatan (Gani) pada hari setelah pemecatannya dari pendakwaraya, Kevin Morais,” menurut pernyataan pembelaan yang dilihat oleh Malaysiakini.
Gani disingkirkan sebagai peguam negara atas sebab-sebab kesihatan. Ketika itu beliau sedang mengetuai pasukan petugas bersama yang menyiasat isu 1MDB.
Hari selepas penyingkirannya pada 30 Julai, Sarawak Report menerbitkan satu laporan yang mendakwa ada kertas pertuduhan terhadap Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International ke akaun peribadinya.
Bekas pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed menafikan bahawa peguam itu terlibat dalam siasatan 1MDB – yang meneliti pemindahan RM42 juta dari SRC International, serta derma RM2.6 bilion dari kerabat Diraja Arab Saudi ke akaun Najib.
Rewcastle-Brown mendakwa Morais telah memberikan maklumat mengenai siasatan SPRM terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan peguam itu merancang bertemu dengannya di London.
Bekas pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed menafikan bahawa peguam itu terlibat dalam siasatan 1MDB – yang meneliti sumbangan RM2.6 bilion daripada kerabat diraja Arab Saudi serta RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank Najib.
“Kevin dipindahkan dari SPRM pada Julai 2014, setahun sebelum siasatan 1MDB bermula, dan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat khas pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Kami ingin merekodkan bahawa SPRM tidak pernah mendapatkan nasihat Kevin berhubung kedua-dua perkara berkenaan.
“Oleh itu, Kevin tidak boleh, dan tidak terlibat dalam menulis apa-apa kertas pertuduhan berkaitan dengan 1MDB atau perdana menteri.
“Sebarang kenyataan yang bercanggah adalah palsu,” katanya.
Pengganti Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga mengatakan Morais tidak terlibat dalam siasatan 1MDB.
Apandi telah menafikan draf pendakwaan terhadap Najib dan mengatakan ia adalah palsu.
Apandi kemudian membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International.
Sarawak Report dituduh sebahagian daripada konspirasi untuk menggulingkan pentadbiran Najib yang dinafikan oleh Rewcastle-Brown.
Morais dibunuh pada September 2015. Dia dilaporkan hilang pada 4 September dan mayatnya ditemui dalam tong berisi konkrit dua minggu kemudian pada 16 September.
Enam lelaki didakwa melakukan pembunuhan itu, manakala seorang pakar patologi dituduh bersubahat. Perbicaraan masih berterusan.
Morais merupakan pendakwaraya dalam kes rasuah terhadap pakar patologi berkenaan.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Najib. Pemimpin PAS bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena