Tuesday, 7 November 2017

[Video Shafie: 'Anak buah' KM dapat tender naik taraf loji air] 'Pendedahan' Shafie Apdal diperbahasan Belanjawan 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Selasa, 7 November 2017

Shafie: 'Anak buah' KM dapat tender naik taraf loji air




Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Intan, yang adalah antara 70 projek di Sabah yang sedang disiasat oleh SPRM, telah dianugerahkan kepada ‘anak buah’ Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kata Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal.

Ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Semporna itu semasa perbahasan Belanjawan 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Shafie, kerja menaik taraf loji rawatan itu diberikan kepada 'anak buah' Musa menerusi tender terbuka, manakala Setiausaha Pemuda Umno Sabah Shahelmey Yahya dilantik sebagai perunding juga melalui tender terbuka.
“Ini projek awal (loji rawatan air) yang dibina pada 1990-an, ia ada loji usang, lepas itu ada usaha nak naik taraf.
“Ini kerjasama antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerajaan negeri (Sabah), tidak mungkin kerajaan pusat boleh lakukannya tanpa ada persetujuan dengan kerajaan negeri.
“Tanah dia punya, sungai dia punya, dan kelulusan dia untuk membenarkan menampung penduduk bukan hanya penduduk Semporna yang semakin meningkat pesat berbanding dengan unjuran. Juga peningkatan pelancong yang ada di Semporna,” katanya.
Shafie, yang menerajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sebelum dipecat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2015, berkata tender kerja menaik taraf itu bernilai antara RM45 juta hingga RM50 juta.
“Tender dibuka (kemudian diadakan), yang dapat projek anak buah Musa Aman, perunding yang lakukan projek ini ialah Shahelmey Yahya, setiausaha perhubungan Pemuda Umno Sabah sekarang,” katanya.
“Dia (juga) merupakan perunding Projek Pan Borneo, kalau projek ini (loji rawatan air) gagal, kenapa (berikannya kontrak untuk projek Pan Borneo)?" soalnya.
Shahelmey adalah Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Highway Sdn Bhd.
Shafie tidak menerangkan apa yang beliau maksudkan dengan "anak buah" yang boleh mempunyai pelbagai maksud dalam Bahasa Melayu.
Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad melawat Loji Rawatan Air Sungai Intan, yang terletak di Semporna, ketika siasatan berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana pembangunan luar bandar untuk Sabah sedang berjalan.
Shafie, yang kini mengetuai parti pembangkang Sabah, WARISAN, dan penyokongnya mendakwa siasatan berkenaan ada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena