Tuesday 16 January 2018

[Video 'Dengar-dengar orang Umno tak senang dengan Najib'] GST: Abdul Hadi setuju dengan Najib & Jangan tipu ahli PAS 40 kerusi jadi penentu.

Selasa, 16 Januari 2018

Image result for Gambar Hadi sokong najib
GST: Abdul Hadi setuju dengan Najib.

Jangan tipu ahli PAS 40 kerusi jadi penentu


KENYATAAN terbaru Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Rusila Jumaat lepas bahawa PAS hanya menyasarkan sekitar 40 kerusi untuk menang Pilihan Raya ke-14 (PRU14) akan datang di mana 40 kerusi tersebut akan dijadikan alat "tawar menawar" dengan mana-mana koalisi politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) menarik perhatian saya.

Menurut kenyataan itu, beliau menjangkakan sama ada BN atau PH tidak akan mendapat kerusi majoriti dalam PRU14 untuk membentuk kerajaan, maka PAS dengan "40 kerusi akan menjadi penentu" siapa menjadi kerajaan dan PAS akan memihak kepada koalisi yang akan memenuhi tuntutan dan permintaan PAS.
Saya ucapkan terima kasih kepada Tok Guru presiden kerana berterus terang mengenai matlamat dan hala tuju PAS menghadapi PRU14.
Pengakuan terkini presiden PAS membawa maksud jelas bahawa pilihan saya untuk berhenti dari PAS tepat dan begitu juga dengan tindakan rakan-rakan saya yang berhenti dari PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara dua tahun lalu juga merupakan ijtihad tepat. Melalui kenyataan tersebut, saya nampak ada beberapa petunjuk penting yang terhasil.
Pertamanya, PAS kini sudah mengakui secara terbuka bahawa mereka bertanding pada PRU14 bersama dengan koalisi yang disebut “Gagasan Sejahtera” bukanlah atas hasrat untuk menang dan membentuk kerajaan yang pemerintahannya berteraskan Islam sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh "penyokong taksub PAS" selama ini di media sosial mahupun di kedai kopi .
PAS rupa-rupanya hanya sekadar berhasrat untuk menjadi “oportunis politik”, maka PAS dan Gagasan Sejahtera tidaklah layak dipanggil alternatif atau “third force” untuk rakyat.
Secara peribadi saya agak sedih melihat parti yang lebih 34 tahun saya berjuang di dalamnya selama ini merupakan antara parti politik utama di negara ini dan alternatif kepada BN akhirnya menurunkan martabat dirinya sendiri kepada hanya sebuah parti pelengkap dan “aksesori” yang tidak mempunyai sikap jelas dalam mendepani hala tuju pemerintahan negara demi rakyat.
Keduanya, apabila presiden PAS tanpa selindung mendedahkan sasaran 40 kerusi PAS tersebut sekiranya dicapai, akan dijadikan "alat tawar menawar" dengan BN atau PH di mana koalisi yang memenuhi permintaan PAS akan disokong oleh PAS untuk menjadi kerajaan adalah satu pengakuan besar bahawa PAS bukanlah lagi parti pembangkang yang relevan untuk melawan rejim Umno/BN di bawah Najib Razak.
PAS terbukti sekarang menjadi parti yang tidak berprinsip apabila memberi bayangan akan kesanggupan mereka untuk menyokong BN.
Oleh itu, jika melihat kepada rentak politik PAS mutakhir ini terutamanya presiden yang nampak tidak bersungguh bersuara terhadap segala kerosakan dan skandal yang berlaku dari tangan Umno/BN di dalam negara bahkan semakin mesra hubungan PAS-Umno.
Saya yakin jika ditakdirkan PAS menang 40 kerusi dan BN atau PH tidak memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan maka PAS sudah tentu tanpa ragu akan memilih untuk menyokong BN dan menyokong Najib untuk terus kekal menerajui kerajaan.
Pendirian PAS ini merupakan penipuan awal pimpinan PAS terhadap ahli yang diajak berlawan dengan Umno/BN dan PH pada PRU14 tetapi akan sedia berunding khususnya dengan Umno/BN selepas keputusan PRU kelak. Sudah tentu PAS tidak akan berunding dan menyokong PH untuk membentuk kerajaan baru selepas PRU14.
PAS tidak bersedia dilihat “menjilat” ludahnya kembali untuk menerima PH setelah memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP yang dianggap menentang agenda Islam PAS, menolak Bersatu yang dianggap parti penyangak dan menganggap Amanah sebagai parti pengkhianat.
Mutakhir ini banyak kenyataan pimpinan PAS menunjukkan mereka lebih selesa dengan kepimpinan Najib. Oleh itu, bagi saya berapa pun jumlah kerusi yang dimenangi PAS, ia akan menjadi penambah kepada kekuatan kerusi yang dimenangi BN.
Justeru, amat malang jika rakyat Malaysia khususnya ahli PAS yang masih menyimpan harapan kepada PAS terus terpedaya dengan angan-angan kononnya PAS akan menyertai PRU14 untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN dan tidak melihat mainan sebenar politik PAS yang semakin terserlah niatnya untuk mengekalkan kerajaan kleptokrasi BN di bawah Najib.
Mengundi PAS bermakna mengizinkan PAS menjual undi pengundi kepada kleptokrat Umno/BN dan undi kepada PAS akan hanya membawa ketidakstabilan politik negara.
Rakyat tidak perlu membuang masa mengundi parti sebegini jika rakyat Malaysia benar-benar ingin melihat perubahan yang lebih baik kepada masa depan negara dan mengheret kerajaan Umno/BN terutamanya perdana menteri untuk bertanggung jawab di atas segala kesusahan dan kerosakan yang dilakukan ke atas rakyat dan negara seperti pengenaan GST, peningkatan kos sara hidup, skandal 1MDB, Felda dan lain-lain, maka tiada pilihan lain melainkan untuk mengundi parti dari gabungan PH.
Maafkan saya Tok Guru saya terpaksa memberi komentar kepada kenyataan Tok Guru dalam hal ini. Walaupun saya telah meninggalkan parti tetapi saya tetap sayang ahli PAS. Mereka banyak berkorban dan akan terus diminta berkorban untuk PAS.
Saya tak sanggup melihat mereka terus diperdaya dan akhirnya undi mereka dijual pada kleptokrat Najib dan Umno/BN selepas PRU14. Saya mohon maaf Tok Guru. Jangan jual mereka Tok Guru. – 16 Januari, 2018.
* Mahfuz Omar ialah ahli Parlimen Pokok Sena dan bekas ahli PAS.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
TMI.

1 comments:

Unknown said...

mau cerita sedikit pengalaman yang tak pernah bisa aq lupakan sama suamiku waktu di Singapura, aq salah satu Tki tak punya kerja tetap di sana . tapi aq sudah ber rumah tangga sama orang medan, syukur udah punya anak 2. aq selalu berusaha cari jalan untuk masalah ekonomi keluarga, kebetulan suamiku buka internet temukan atas nama Mbah Suro beserta dengan nomor Whatsapp nya +6282354640471 di halaman facebook. awalnya aq sangat takut, penasaran dan takut berdosa sama yang kuasa. tapi apa boleh buat nasi sudah jadi bubur, aq cerita sama beliau dan dia berikan saran, untuk keluar dari himpitan ekonomi melalui Pesugihan Dana Ghaib ini. aq mulai percaya 3 hari aq tunggu hasilnya sama suamiku betul-betul nyata, berkat pesugihan Mbah Suro aq sekarang sudah ada perubahan buka usaha di kampung . dan mbah juga bantu orang seperti togel 3D/4D/5D/6D, pelet, penglaris Usaha, dll

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena