Tuesday 16 January 2018

[Video Pastikan peneroka akan mengundi PH & RAKYAT dah boleh tolak UmnoBN, abaikan PAS dan mari bersama PH] Hapus monopoli, HARAPAN janji turunkan 50 peratus harga internet jalur lebar.

Selasa, 16 Julai 2018


Image result for Umno Najib penyamun

Image result for Umno Najib penyamun

Hapus monopoli, HARAPAN janji turunkan 50 peratus harga internet jalur lebar


Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk mengurangkan harga perkhidmatan jalur lebar sebanyak 50 peratus jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
Adun Bukit Gasing Rajiv Rishakaran berkata ia boleh dilaksanakan dengan menghapuskan monopoli Telekom Malaysia (TM) yang menjadi punca mengapa rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih bagi perkhidmatan tersebut berbanding negara Asia Tenggara (ASEAN) lain.
“Di kebanyakan negara ASEAN, sebuah isi rumah melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan harga kurang RM100 sebulan, tetapi di Malaysia harganya jauh lebih tinggi.
“Masalah ini disebabkan oleh monopoli TM. Malah perkhidmatan jalur lebar fiber oleh Maxis sebenarnya bukan dipunyai oleh mereka, tetapi TM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ia katanya berbeza dengan harga perkhidmatan telekomunikasi daripada Maxis, Celcom, Digi dan U-mobile yang jauh lebih kompetitif berbanding negara ASEAN lain berikutan persaingan yang wujud antara empat syarikat utama tersebut.
“Kementerian Komunikasi dan Multimedia harus memastikan bahawa terdapat persaingan yang nyata dengan membuka akses kepada Streamyx dan Fiber oleh TM dan mengawal harga runcit yang dikenakan TM.
“Ini bagi memastikan syarikat telekomunikasi lain mempunyai peluang yang adil untuk menyaingi harga yang ditawarkan produk Telekom dan sekaligus memberikan tawaran yang baik kepada rakyat,” katanya.
TM menawarkan harga RM119 sebulan bagi kelajuan 10Mbps dan manakala Maxis menawarkan harga RM129 sebulan dengan kelajuan yang sama.
Berbanding negara jiran, Thailand menawarkan harga RM75 sebulan dengan kelajuan yang jauh lebih tinggi 30Mbps.
“Bagi kelajuan internet yang lebih tinggi, walaupun Malaysia menawarkan 100Mbps, harganya tidak mampu milik.
“Maxis dan TM masing-masing mengenakan harga RM299 dan RM329 sebulan bagi kelajuan 100Mbps tetapi negara jiran Thailand hanya mengenakan harga antara RM125 dan RM137.
“Manakala di Singapura, tawaran standard bagi kelajuan antara 500Mbps ke 1Gbps dengan harga antara RM90 hingga RM120 sahaja,” ujarnya.
Katanya, masalah lebih teruk di kawasan yang tidak mempunyai akses internet fiber kerana mereka terpaksa melanggan perkhidmatan Steamyx yang ditawarkan TM dengan harga melampau tinggi iaitu RM110 hingga RM160 sebulan dengan kelajuan serendah 1Mbps hingga 8Mbps.
“Harga ini jelas tidak adil kepada masyarakat separa bandar dan luar bandar kerana mereka perlu membayar harga lebih kurang sama dengan perkhidmatan internet fiber malah dengan kelajuan lebih rendah,” ujarnya. – Roketkini.com



1 comments:

diod said...

kencing saja lebih. Sudah memang ICERD pulak yang keluar.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena