Friday 19 January 2018

[Video Najib muncul dalam dokumentari BBC tentang korupsi Arab Saudi] Jika benar undi rahsia, bagaimana menteri boleh ugut guru, soal peguam & Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH.

Jumaat, 19 Januari 2018

Image result for Gambar menteri pendidikan jalan atas meja

Image result for Gambar menteri pendidikan jalan atas meja

Image result for Gambar bendera umno di sekolah
PETALING JAYA: Hanya kerajaan diktator sanggup mengarahkan pelajar menaikkan bendera serta menyanyikan lagu parti pemerintah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Image result for Gambar bendera umno di sekolah

Jika benar undi, bagaimana menteri boleh ugut guru, soal peguam

Jika benar undi rahsia, bagaimana menteri boleh ugut guru, soal peguam
Peguam mengatakan kenyataan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid melanggar Perlembagaan dan prinsip kerahsian undi. Ia juga membangkitkan persoalan sekiranya Putrajaya mempunyai cara memeriksa undi penjawat awam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2018.

AMARAN Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid kepada guru dan pegawai kementerian supaya tidak menyokong pembangkang melanggar Perlembagaan, kata peguam.
Ia juga menimbulkan persoalan sekiranya Putrajaya mempunyai cara untuk memeriksa undi penjawat awam seterusnya melanggar prinsip kerahsiaan undi, kata mereka lagi.
Akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah melaporkan yang Mahdzir mengatakan tindakan tata tertib akan diambil kepada penjawat awam yang menyokong pembangkang.
Peguam mengatakan kenyataan itu bukan sahaja tidak beretika, ia juga melanggar beberapa undang-undang berkaitan kenyataan yang boleh dikeluarkan ahli Kabinet mengenai pilihan pengundi. – 19 Januari, 2018TMI.

Hentikan ugut guru, penjawat awam, desak Pemuda PH

Pemuda Pakatan Harapan (PH) mendesak Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berhenti daripada mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengugut guru dan penjawat awam di negara ini.
Mohd Asyraf Mustaqim Badrul Munir
Exco Pendidikan Pemuda PH Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata,sekiranya seorang anggota legislatif yang juga menteri boleh mengeluarkan kenyataan “mengugut” ia bercanggah dengan peruntukan perlembagaan negara sekaligus mencabul hak rakyat yang bertentangan ideologi politik dan mengkritik demi penambahbaikan sistem sedia ada.
” Perkara 10 Perlembagaan Malaysia jelas memelihara hak bersuara setiap penjawat awam sepertimana yang termaktub dalam perenggan (1) (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.
“Jika kritik tidak dibenarkan, ianya bukan sahaja bercanggah dengan perlembagaan malah kebenaran penjawat awam untuk terlibat dalam mana-mana parti politik dilihat bercanggah kerana berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Penjawat Awam Bil. 9/2010 yang membenarkan penjawat awam untuk berpolitik dan telah berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2010.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena