Monday, 15 January 2018

[Video Selepas KWSP, 1MDB, FELDA, Kini Najib UMNO Curi Duit Bank Negara] ANAK, PH masuk Felda Chuping selepas disekat masuk Mata Air.

Selasa, 16 Januari 2018

Anak, PH masuk Felda Chuping selepas disekat masuk Mata Air

Anak, PH masuk Felda Chuping selepas disekat masuk Mata Air


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berjaya menerobosi Felda Chuping, Perlis walaupun semalam gagal memasuki Felda Mata Air di negeri itu.
Presidennya Mazlan Aliman berasa bersyukur kerana Jelajah Selamatkan Felda di Felda Chuping malam tadi dihadiri ramai warga Felda khusunya dari generasi kedua dan ketiga.
“Meskipun disekat di Felda Mata Ayer, ia tidak menghalang masyarakat untuk hadir bagi mendapatkan gambaran sebenar kemelut Felda.
“Banyak banner di pasang menghentam Anak dan Datuk Mahfuz Omar, ia isu kecil berbanding pendedahan skandal Felda seperti tanah Jalan Semarak, FGV, kehilangan berbilion ringgit wang felda, perumahan Generasi ke dua, hutang peneroka dan pendapatan rendah peneroka.
“InshaAllah, perubahan besar diyakini akan berlaku di kerusi Parlimen PRU 14 ini,” ujarnya ringkas dalam kenyataan hari ini.
Semalam dalam siri jelajah Felda di negeri Perlis, ANAK bersama pimpinan Pakatan Harapan telah disekat sekumpulan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) darimemasuki Felda Mata Ayer.
Dipercayai dengan kehadiran Pakatan Harapan di kawasan Felda akan memecah belahkan masyarakat.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena