Kenyataan Media
11 April 2018
*SELAMATKAN NEGARA, TANGKAP PENCURI*
1) Himpunan #TangkapPencuri yang akan bermula di Sogo pada 14 April jam 2 petang nanti akan berjalan seperti yang dijadualkan. Esok, 12 April 2018, sekitar jam 2 petang delegasi Anak Muda Cari Jho Low (AMCJL) akan ke Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara. Selesai penyerahan memorandum, akan ada perbincangan bersama OCPD Dang Wangi pula di IPD Dang Wangi.
2) Kesemua keseriusan ini disusun agar Himpunan #TangkapPencuri berjalan dengan aman dan tertib, serta tiada provokasi luar. Dalam tempo reformasi yang semakin deras, kita memerlukan aksi jalanraya yang ampuh agar pencuri tidak terus mencuri. Persempadanan semula pilihanraya yang tidak adil, penetapan hari bekerja sebagai hari membuang undi, rompakan khazanah negara mencecah billion ringgit; ini hanya senarai pendek jenayah sang pencuri.
3) Lantas kita menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk lawan penipuan dan #TangkapPencuri. Sebesar mana pun pengaruh penyangak yang terus mencuri wang dan hak demokrasi rakyat, kuasa rakyat takkan sesekali mengizinkan ia terus merajalela. Kita meyakini bahawa kemenangan akhirnya milik rakyat. Nah, ini masa dan ketikanya. Kita turun bersama-sama pada 14 April 2018 untuk bersuara dan #TangkapPencuri.
*SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN*
*Jurucakap Himpunan #TangkapPencuri*
*Jurucakap Himpunan #TangkapPencuri*
0 comments:
Post a Comment