Wednesday 11 April 2018

[Video Nasihat Usop Wilcha kepada penyokong #UndiRosak] Majikan S'pura beri cuti utk mengundi & Pelbagai usaha dibuat untuk pastikan semua dapat pulang mengundi.

Khamis, 12 April 2018

Foto Parti Amanah Negara.

Majikan S'pura beri cuti utk mengundi...

Majikan S'pura beri cuti untuk pekerja M'sia balik mengundi

Manakala majikan di Malaysia diwajibkan memberi masa kepada pekerja mereka keluar mengundi, namun undang-undang itu tidak terikat kepada syarikat Singapura yang mempunyai pekerja dari kalangan rakyat Malaysia.
Namun, peniaga Ngo Hea Ong, yang menjalankan perniagaan barang kemas di Singapura, berharap dapat membantu rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka balik mengundi.
Sejurus selapas selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian jatuh pada 9 Mei - hari Rabu - Ngo memberikan cuti khas pada 8 dan 9 Mei kepada kakitangannya dari kalangan rakyat Malaysia.
"Kami beri cuti dan elaun penuh perjalanan kepada kakitangan kami sejak pilihan raya umum yang lalu.
"Kami percaya ini akan membolehkan mereka pulang tanpa bimbang untuk memenuhi kewajipan kepada negara mereka," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi Malaysiakini.
Ngo, seorang rakyat Malaysia sendiri, juga akan pulang untuk mengundi untuk kali keempat.
Memetik statistik tidak rasmi, ADUN Senai Wong Shu Qi berkata bulan lalu bahawa kira-kira 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura setiap hari sementara 400,000 lagi bermastautin di Singapura, ramai daripadanya berkerja di sana.
Sebahagian besarnya adalah penduduk Johor.
Dengan Johor dijangka menyaksinya persaingan sengit dalam PRU14, maka undi dari kalangan pengundi luar negeri dilihat sangat penting.
Malaysiakini.

Pelbagai usaha dibuat untuk pasti semua dapat pulang mengundi

Pelbagai pihak bertekad pulang mengundi dan kalahkan penipuan.

Pelbagai usaha dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mengatasi masalah yang dicipta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila menetapkan hari Rabu sebagai hari membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 ini.
Antaranya adalah dengan menyediakan bas percuma, berkongsi kereta, bantuan tiket bas dan sebagainya.
Sebuah syarikat pelancungan menawarkan bas percuma untuk rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura untuk membolehkan mereka pulang mengundi 9 Mei nanti.
Mereka menyediakan perkhidmatan bas percuma itu dari Singapura ke Kuala Lumpur.
Seorang lagi rakyat Malaysia, Izzah Azura dan rakan-rakannya pula sedang mengumpulkan dana dan pengundi Malaysia yang perlukan bantuan untuk pulang mengundi.
“Jika anda penyumbang atau pengundi yang memerlukan bantuan untuk pulang mengundi, sila hubungi saya agar impian anda untuk mengundi menjadi kenyataan,” tulis Izzah dalam facebooknya.
Semuanya dilakukan bagi mempasti semua rakyat Malaysia boleh mengundi walaupun hari mengundi ditetapkan pada pertengahan minggu iaitu hari Rabu 9 Mei.
Reaksi dari rakyat Malaysia yang marah itu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari Rabu 9 Mei adalah hari cuti umum.
Namun ia masih tidak menyelesaikan masalah kerana hari Selasa sebelum 9 Mei dan hari Khamis selepas hari mengundi itu adalah hari bekerja untuk rakyat Malaysia.
Lebih 150,000 pengundi di Kelantan misalnya dikatakan menetap di luar negeri itu termasuk di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan nuga Singapura.
Mereka memerlukan satu hari untuk pulang ke Kelantan dan sehari lagi diperlukan untuk kembali ke tempat mereka tinggal.
Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad telah membuat cadangan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan agar 10 dan 11 Mei dijadikan hari cuti umum.
Ia kini sedang dipertimbangkan oleh pimpinan parti gabungan yang sedang mencabar parti pemerintah Barisan Nasional (BN) itu.
MD

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena