Friday 13 April 2018

[Video Caj tol Jambatan P.Pinang mansuh jika tawan Putrajaya, Lim bidas Najib] Sah Hadi dicabar anak saudara di Marang.

Jumaat, 13 April 2018

Sah Hadi dicabar anak saudara di Marang


Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Marang Miqdad Zakaria disahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen Marang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei ini.
Miqdad Zakaria, anak saudara kepada isteri presiden PAS, diuar-uar bertanding di situ sejak dia keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Kalau ikutkan memang dia nak elak (lawan Hadi) tapi sebab itu (Marang) kawasan dia dan dia memang nak ambil Parlimen Marang jadi dia akan lawan (Hadi) di Parlimen lah," kata sumber dalaman parti itu kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, mengulas lanjut berhubung langkah Abdul Hadi bertanding satu kerusi sahaja, sumber menjelaskan Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan memutuskan perkara itu kemudian.
"Tapi kalau Hadi tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pakatan Harapan Negeri yang akan tentukan," katanya.
Pada 11 April lalu Utusan Malaysia melaporkan Abdul Hadi memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU ke-14 kali ini.
Bagaimanapun, beliau masih belum keputusan sama ada mahu bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.
Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Hadi kekal menyandang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN.
Kerusi DUN Ru Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.
Bagi parlimen Marang, Abdul Hadi mula bertanding di kerusi itu sejak 1986 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya hingga 2013.
PAS dijadual mengumumkan calon mereka secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.
Manakala HARAPAN Terengganu akan berbuat demikian pada 26 April ini oleh Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dungun, Terengganu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena