Wednesday, 4 April 2018

[Video Peluang Terbaik Pakatan Harapan Menang PRU14] Tiada poster Najib tanda penolakan rakyat Johor.

Khamis, 5 April 2018

Image may contain: text
Tumpang sekole.

Tiada poster Najib tanda penolakan rakyat Johor

Tiada poster Najib tanda penolakan rakyat Johor

Kehangatan menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) semakin membara khususnya di negeri Johor yang dikatakan benteng Umno di Malaysia.
Namun apa yang berlaku ketika ini, pelbagai poster dan gambar pemimpin dipasang dan dinaikkan di merata tempat namun ianya tidak memaparkan langsung wajah Datuk Seri Mohd Najib Razak di Johor.
Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub (gambar), apa yang dilihat hari ini, adalah suatu penzahiran dari penolakkan rakyat Johor terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
“Sebelum ini dalam PRU13, wajah Najib bersama isterinya telah banyak dipasang dan ia dikatakan adalah faktor kemenangan bagi Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Ianya suatu penghinaan kepada kepimpinan Perdana Menteri dan seolah-olah Khaled Nordin menganggap paku keranda serta liabiliti kepada arus kepimpinan di Johor.
“Khaled juga ingin dilihat ‘Team Johor’ yang tidak terkait dengan pembabitan 1MDB yang telah membawa kemarahan rakyat khususnya di negeri ini.” katanya.
Salahuddin juga menyambung dengan menyatakan sehingga hari ini apa yang dibawa oleh Team Johor pimpinan Khaled Nordin tidak mendapat sambutan kerana terpalit dengan isu rasuah.
“Khaled cuba menyisihkan kepimpinan Najib Razak namun dalam tidak sedar, beliau sebenarnya turut mengikuti langkah Najib Razak yang sebelum ini terpalit dengan rasuah.
“Rasuah hartanah yang berlaku di Johor ini masih lagi belum dibendung sehinggakan pegawai serta orang kanannya masih lagi dilihat hidup dalam kemewahan tanpa dihalang oleh Khaled Nordin,” ujar Salahuddin Ayub.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena