Tuesday 14 May 2019

JEBON yang diberi MANDAT oleh majoriti rakyat untuk mentadbir Malaysia Baharu bersama Tun M! Kenyataan Takiyuddin tentang Anwar tak bertanggungjawab [Video Dr M nafi dakwaan Cuepacs, Hadi ulas isu Takiyuddin kata Anwar bekas banduan]

Rabu, 15 Mei 2019
KiniTV
1) PM nafi lantikan politik ganggu penjawat awam 2) Tiada sesiapa di atas undang-undang, termasuk PM 3) Dr M syukur isu IPCMC selesai 4) PAS larang ahli bangkit soal parti di media 5) 'Biar orang ramai nilai Anwar banduan atau tidak'
Imej mungkin mengandungi: 20 orang, orang senyum, teks
Revolusi Anak Muda Malaysia Ahmad Al-Rawanji Al-Segambuti.
Menantu Lebai Haji baru kini berani buka mulut mendedahkan pembesar mereka menerima dedak umno. Tapi kumpulan ini digelar dengan pelbagai panggilan buruk kerana dedahkan awal dahulu lagi perangai makan duit umno. Nasib mereka dipulau, malah terbuang terus dari pemilihan.
Bangga sungguh makan dedak sehinggakan jemaah jadi tunggang langgang.. Panggil Jebon bagai.. Jahat sungguh mulut!
Selepas kononnya proses pembersihan berlaku empat tahun lalu, terkini, Tuhan takdirkan sesama anak menantu, sesama geng mereka bertujai hang aku menuduh siapa dapat dedak banyak..
Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu..
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, jambang
Kalau imam sudah merestui pembohongan, makmum semua kena ikut... 
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Amyru/Ana Tahu

'Kenyataan Takiyuddin tentang Anwar tak bertanggungjawab'

Kenyataan setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan yang mempersoalkan sama ada Anwar Ibrahim sesuai menjadi perdana menteri kerana berstatus banduan, disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan itu juga adalah tidak adil kerana presiden PKR itu telah menerima pengampunan diraja.
“Umum sedia maklum bahawa pertuduhan terhadap Anwar sejak 1998 itu merupakan pertuduhan politik yang akhirnya membawa kepada pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Kita mungkin mempunyai pandangan politik berbeza tetapi kita harus berpegang kepada fakta dan kenyataan bahawa kemelut ini telah diselesaikan dengan baik demi kepentingan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kuala Lumpur hari ini.
Ketika berucap pada kempen PRK Sandakan Rabu lalu, Takiyuddin mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai perdana menteri.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin mengingatkan PAS untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu tanpa mengaitkannya dengan pihak lain, termasuk isu kartel dedak yang didedahkan baru-baru ini.
“Saya bukan ahli PAS. Saya tidak terlibat dengan apa yang berlaku dalam PAS. Saya kira itu masalah dalaman mereka dan mereka perlu selesaikan.
“Saya lihat kenyataan Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) menyatakan beliau tidak memberi restu, jadi kalau ayah tak memberi restu kepada anak, saya tak fahamlah. Kena selesaikan cara mereka,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Zaharudin yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS mendedahkan wujudnya 'kartel dedak' dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam parti itu yang didakwa menerima dana daripada Umno.
-Bernama

2 comments:

oranqtua said...

masalahnya imam dah kentut semua makmum dah bau busuknya..tapi imam nak juga terus jadi imam...jadi jamaah nak kena ikut lagi ke..

Lone ranger pomen said...

Terkentut ok lagi, pasal takde yg mengaku. Jadi bleh la selambe bodoh je. Masalahnya dah tercirit dah, dah nampak, mungkin terlupa pakai pampes. tapi sebab dah dididik walak je. Nak tak nak ikut je la.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena