Monday 22 October 2018

[Video Hishammuddin mahu cari Jho Low di China] Hisham nak cari Jho Low dalam lubang cacing ke? Dulu semasa jadi menteri kenapa tak tangkap! Sumber: Diplomat M'sia 'dihukum' lepas enggan bantu kakak Jho Low.

Isnin, 22 Oktober 2018
Apa kene mengena kau dengan Jho Low....?
Dulu semasa jadi menteri pertahanan kenapa tak tangkap....!
Saya akan cari Jho Low sampai ke lubang cacing - Hishammuddin
Jejak Jho Low
Hishammuddin turut berkata beliau akan ke China tidak lama lagi dalam usaha menjejaki Jho Low.

“Kita tengah berusaha. Saya tidak tahu sama ada beliau di China atau tidak, namun itu apa orang kata,

“Jadi, saya masih mempunyai hubungan baik dengan China, ada ‘networking’ saya akan bawa balik apa yang saya mampu buat.”

Katanya, rakyat memerlukan kebenaran dan Jho Low perlu dibawa balik ke sini.

“Diminta Putrajaya atau tidak rakyat Malaysia mahukan kebenaran. Untuk dapatkan kebenaran ini tidak kisah sama ada kita pembangkang atau kerajaan.

“Jho Low ini merupakan individu yang sangat kritikal kita kena cari dan perlu ada jawapan untuk negara boleh bergerak ke hadapan," tambahnya.
Astro Awani

Sumber: Diplomat M'sia 'dihukum' lepas enggan bantu kakak Jho Low

Seorang pegawai kanan diplomatik yang bertugas di Singapura dilaporkan dipanggil balik dan diketepikan daripada tugasnya pada 2016 ekoran suatu kes melibatkan saudara kandung Jho Low.
Seorang sumber yang berada di Putrajaya memberitahu Malaysiakini, Low May Lin dan suaminya ditahan polis Singapura pada Mei tahun berkenaan.
Katanya pembantu Datuk Seri Najib Razak - ketika itu masih berkhidmat sebagai perdana menteri - kemudian mengarahkan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura "berbuat apa yang perlu" bagi membebaskan pasangan terbabit.
Bagaimanapun Najib memberitahu Malaysiakini beliau tidak mengeluarkan arahan seumpama itu atau tahu mengenai insiden berkenaan.
"Tidak ada sebab untuk saya melindungi Jho Low.
"Seperti yang pernah saya jelaskan kepada Malaysiakini sebelum ini, Jho Low mewakili pihak Arab, bukan saya.
"Pegawai terbabit (yang didakwa memberikan arahan kepada pegawai diplomatik berkenaan) tidak lagi berkhidmat dengan saya," katanya ketika diminta mengulas dakwaan tersebut.
Tak dapat beri komen
Menurut Najib pegawai berkenaan kini bertugas di Wisma Putra di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Sumber memberitahu pesuruhjaya tinggi terbabit juga menerima panggilan telefon daripada bapa May Lin berhubung isu tangkapan berkenaan.
Malaysiakini diberitahu usaha membebaskan May Lin bagaimanapun gagal ekoran "keengganan" pesuruhjaya tinggi terbabit menggunakan aksesnya sebagai pegawai diplomatik.
"Pesuruhjaya tinggi itu menghubungi polis Singapura yang mengesahkan mereka sedang menahan May Lin.
"Bagaimanapun pihak berkuasa berkenaan meminta pegawai terbabit supaya tidak campur tangan kerana siasatan sedang dijalankan mengikut undang-undang Singapura," kata sumber yang enggan didedahkan identitinya itu.
Selepas pesuruhjaya tinggi Malaysia itu enggan meneruskan usaha membebaskan kakak Jho Low, Putrajaya - ketika itu ditadbir BN - memanggil pulang pegawai berkenaan pada tahun berikutnya.
Semakan Malaysiakini menunujukkan pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura pada ketika itu ialah Ilango Karuppannan. Beliau berkhidmat di republik terbabit dari 25 Apr 2016 hingga 30 Apr 2017.
Laman sesawang Wisma Putra pula menunjukkan Ilango adalah pegawai kedua paling singkat pernah menjadi pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura.
Pegawai paling singkat bertugas sebagai pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Singapura ialah Datuk Zulkifli Adnan yang dilantik pada 10 Okt 2017 sebelum khidmatnya ditamatkan oleh HARAPAN selepas mengalahkan BN pada 9 Mei lalu.
Kata sumber selepas diarahkan pulang Ilango ditempatkan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan langkah itu dianggap sebagai proses 'sejuk beku' ke atas pesuruhjaya tinggi terbabit.
Sementara itu Ilango yang dihubungi enggan memberi sebarang kenyataan kerana, katanya, sebagai seorang penjawat awam beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.
"Saya tak boleh beritahu kamu apa-apa sebab saya penjawat awam. Saya harap kamu faham," katanya.
Polis Singapura juga enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tangkapan yang didakwa berlaku ke atas May Lin dan suaminya.
Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - dianggap sebagai dalang dalam skandal 1MDB dan pihak berkuasa Malaysia mendakwa dia dan bapanya atas tuduhan menyelewengkan dana negara.
Malaysiakini juga mencuba untuk menghubungi May Lin bagi mendapatkan komennya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena