Friday 5 October 2018

[Video Hsik, Tolong La Lepaskan Dia Hsik, Kami Hanya Mampu Baca Yasin Je Hsik, Hsik & Selepas direman 6 hari, Azeez Rahim Dibebaskan Dgn Jaminan SPRM] Dok leklok kan bagus! Adun Pas kunjungi YB Asmuni Bin Awi (Exco Agama) & YB Dr Hata Ramli T/M Pembangunan Usahawan menerima kunjungan Ust Ismail Kamus.

Jumaat, 5 Oktober 2018

Foto Asmuni Awi.
Hari ini saya menerima kunjungan Adun Pas Yb Mohd Akmal Kamaruddin (Adun Selama) di Pejabat saya. Membincangkan pelbagai perkara khususnya berkaitan kepentingan rakyat Dun tersebut. Kerajaan Negeri Perak bersifat terbuka dan akan membantu serta bekerjasama dengan semua pihak demi kesejahteraan rakyat.
Foto Yazid Alias.
Menerima kunjungan Ust Ismail Kamus di Pej Timbalan Menteri
Foto Parti Amanah Negara.
Berikut Adalah Jadual Pimpinan Amanah bersama Bagi Kempen PRK P132 Port Dickson.
Parti Amanah Negara

Abdul Azeez sahkan serbuan, SPRM rampas RM500,000

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu yang mengesahkan “kunjungan” SPRM ke kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta ke pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkata wang yang ditemui itu juga sebahagiannya adalah peruntukan bagi perbelanjaan Umno Bahagian Baling.
FMT.

Tempoh reman Abdul Azeez dan abangnya disambung enam hari

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya selama enam hari lagi bagi membantu siasatan kes rasuah.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula esok sehingga 5 Okt ini.
Bagaimanapun, seorang lagi suspek, yang juga sepupu Abdul Azeez, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.
Kesemua suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Rabu lepas bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Menurut jurucakap SPRM, Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi Selasa lepas di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, selepas hadir memberi keterangan.
Akhbar Rakyat.

Abdul Azeez bebas dengan jaminan SPRM

Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan hari ini.
Majistret Ahmad Afiq Hasan membenarkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu dan abangnya, yang digelar “Datuk”, dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM1 juta dan dua penjamin selepas tempoh tahanan reman berakhir hari ini.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu ditahan pada 25 Sept selepas hadir di ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan membantu siasatan kes menerima rasuah.
SPRM menahan abang Abdul Azeez setengah jam kemudian di sebuah lokasi di Sungai Buloh, Selangor, manakala sepupu mereka, yang juga seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun, ditahan pada 5.30 petang hari yang sama di Putrajaya.
Kesemua mereka direman selama empat hari bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena