Sunday 7 October 2018

[Video Kedatangan Mahathir Menambah Undi Anwar?] Saya Tengok Tun M Dah Lain? Rasa Rindu Pulak! SAMADA MUJAHID ATAU MEDIA YANG PUTAR? Mujahid komited tentang mungkar, kata Hanipa.

Ahad, 7 Oktober 2018

Saya Tengok Tun M Dah Lain!, Rasa Rindu Pulak- Anwar Ibrahim

Foto Parti Amanah Negara.

SAMADA MUJAHID ATAU MEDIA YANG PUTAR.. MENTERI YANG TAK CERDIK


Rakyat tidak peduli samada menteri atau media yang auta, tapi rakyat peduli atas apa yang dilaporkan. 

Mujahid yang sering terpaksa membetulkan kenyataannya semula harus lebih cerdik,  keluarkan kenyaan bertulis dan rasmi sebelum bercakap supaya berita adalah selari. 

Dalam isu Islam dan ugama,  Mujahid hanya jaga jabatan sekangkangkera, terhad dan oleh itu wajar kenal diri supaya tidak melanggar kuasa Sultan dan  Negeri.

Setiap perubahan dasar  wajar terlebih dahulu mendapat pandangan pihak yang berkelayakan seperti Mufti² yang mewakili Sultan dan Majlis Fatwa serta Para Cendiakawan Islam,  tidak perlu terburu-buru. 

Sebarang perancangan harus dilontarkan terlebih dahulu kepada rakyat dalam bentuk cadangan untuk semua pihak dapat memberi pandangan. 

Apakah selepas ini,  jika rasuah,  simpan hasil rasuah di rumah akan lebih selamat,  polis tidak akan lagi ketuk rumah? 

Ertinya lakukan apa saja jenayah,  lakukan di rumah,  ia selamat dan dilindungi? 

RAKYAT tidak perlu lagi jadi mata dan telinga pihak keselamatan,  just ignore apa yang berlaku dalam komuniti anda? 
Rogol dalam rumah.. Biarkan?
Curi dalam rumah.. Diamkan? 
Posted by 

Mujahid komited tentang mungkar, kata Hanipa

Mujahid komited tentang mungkar, kata Hanipa
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau membaca dengan penuh minat kenyataan sahabat baik beliau YB Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam isu operasi pencegahan maksiat.
Katanya lagi, beliau juga mengikuti komen-komen daripada ramai pihak termasuk para agamawan tertentu tentang isu ini.
“Maaf, saya lebih cenderung menyokong pendapat Sohibus Samahah Al-Fadil Mufti Pulau Pinang.
“Saya tak rasa timbul sama sekali isu YB Menteri menyokong perbuatan maksiat,” kata Ahli Jawatankuasa AMANAH itu melalui Facebooknya hari ini.
Menurut Hanipa, setahu beliau, Dr Mujahid amat komited dan konsisten menentang perkara mungkar sedangkan ada para agamawan pernah memberi “peluru” kepada perbuatan mungkar oleh pihak tertentu dalam isu 1MDB.
Beliau tambahnya, juga setuju jika selepas ini difikirkan mekanisme baru untuk kita menangani isu ini dengan lebih adil di masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena