Thursday, 11 October 2018

[Video Mahkamah tolak permohonan Rosmah untuk ketepi saman] Siasatan ke atas Zahid berhubung dakwaan pecah amanah.

Khamis, 11 Oktober 2018

Siasatan ke atas Zahid berhubung dakwaan pecah amanah

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diarahkan hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya selama dua hari berturut-turut sejak semalam adalah untuk membantu siasatan terhadap pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan jenayah pecah amanah.
Seorang penyiasat kanan SPRM memberitahu Malaysiakini bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Walau bagaimanapun, sumber itu enggan mengesahkan jika siasatan itu berkaitan dengan dakwaan penyelewengan dana milik Yayasan Akal Budi, atau derma RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan oleh kerabat diraja Arab Saudi ke dalam akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi pada petang tadi mengesahkan bahawa Zahid diarahkan supaya hadir hari ini untuk meneruskan rakaman pernyataannya.
"Kami juga panggil menantunya untuk membantu siasatan," kata Azam kepada Malaysiakini.
Adalah dipercayai Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga suami Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.
Namun apabila diminta mengulas, Azam sekadar berkata: "Sudah tentu, apabila seseorang dipanggil ke SPRM, ia adalah untuk membantu siasatan dan kesalahan adalah di bawah Akta SPRM 2009, dan mungkin berkaitan dengan sesetengah kesalahan jenayah."
Azam enggan mengulas lanjut.
Mk.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena