Thursday 11 October 2018

[Video Hari Ke-2 Presiden Umno Hadir Beri Keterangan] GARIS MASA: Wakil Rakyat Umno yang keluar parti! Awalnya Pas tutup kedai, baru pkl 10.10 min mlm! Depa semua dah balik tidoq kot? Mujahid-Pastikan Oktoberfest tak menjadi masalah.

Khamis, 11 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Semalam tengok wartawan mengasak soalan kepada Menteri Wilayah tentang Oktoberfest. Nasiblah Khalid Samad ni bijak melayan kontroversi.. Tahun ni isu Oktoberfest tidak seheboh tahun lepas.. Mungkin orang PAS terlupa atau tak dibantu media UMNO macam tahun lepas nak burukkan Selangor..
Dalam waktu yang sama ada kelompok agamawan, Jabatan Mufti, Pimpinan PAS cuba mainkan isu arak dan Oktoberfest.. hakikatnya dalam jadual Oktoberfest di dalam web rasmi Carlsberg, antara Vanue Oktoberfest, penganjuranya diadakan di Terengganu dan Kelantan..

Bagi aku.. tak perlulah PAS dan kelompok Ashabiyah nak mainkan sentimen agama, Bagi Menteri Wilayah . Jangan takut untuk luluskan Oktoberfest jika memenuhi Syarat penganjuran, Mesti tertutup..ada kawalan keselamatan,hanya melibatkan orang dewasa dan non muslim.. Berikan hak kepada Bukan Islam..

Oktoberfest penganjurannya bukan saja berlaku di Malaysia yg Negaranya 60% Muslim, Hatta Dubai, Doha Qatar termasuk Palestine yg 95% Muslim mereka memberikan hak kepada non-muslim menganjurkan Oktoberfest..
Doha Qatar tempat hat ada Yusuf Qaradawi diberikan hak penganjuran kepada Bukan Islam.. malah disana dibuat secara terbuka sebagai acara keramaian.. hanya lebai perasan depa lebih Islam dari yg lain..
Pengajuran di Malaysia jauh lebih baik.. ia hanya dibenarkan dbuat secara tertutup berbanding di palestine..
Pesan Aku toksah lah PAS mainkan isu dan sentimen agama ni hanya semata mata nak nampakkan korang lebih Islam dari muslim lain..
Depa semua dah balik tidoq kot?
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH 
Jam sekarang menunjukkan tepat pkl 10.10 min mlm. Awalnya PAS Port Dickson tutup kedai....
Admin baru saja nak mai cari pahala derma jihad....depa semua dah balik tidoq.
Betullah seperti kata2 PU Hadi..
"PAS masuk bertanding hanya utk training shj"....
Woi....dah 62 thn umur...tak kan baru nak berlatih masuk PRK....
Pastikan Oktoberfest tak menjadi masalah - Mujahid

MENTERI Wilayah, Khalid Abdul Samad dinasihatkan supaya memastikan penganjuran pesta Oktoberfest di ibu negara, tidak menjadi masalah kepada umat Islam.
Itu pesanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada rakannya dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) itu yang dilaporkan, membenarkan penganjuran Oktoberfest di ibu negara dengan bersyarat.
Mujahid enggan memberikan pandangannya secara khusus terhadap penganjuran pesta berasal dari Jerman itu, namun menggesa umat Islam supaya tidak menyertainya.




"Saya sedang berbincang dengan pihak mufti (mengenai penganjuran Oktoberfest), namun secara asasnya apa saja perkara mungkar seperti minum arak dan sebagainya, kita minta umat Islam jangan sertai.
"Lain daripada itu, Menteri Wilayah yang akan uruskan daripada segi perundangan, kalau dizinkan, apa syaratnya.
"Saya juga berhubung secara rapat dengan YB Khalid (dan berpesan) supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pendiriannya terhadap penganjuran Oktoberfest selepas Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, dilaporkan membenarkan pesta arak itu dianjurkan di ibu negara jika mematuhi syarat ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Antara syarat itu ialah ia tidak dianjurkan di tempat terbuka serta tidak boleh disertai oleh individu beragama Islam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Ahmad Musadad Sulaiman; Timbalan Naib Canselor UPM, Dr Zulkifli Idrus dan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Dr Razali Othman.



Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 1:52 PM
Oktoberfest dibenarkan dengan syarat
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur pesta arak, Oktoberfest yang melanggar peraturan atau mengganggu ketenteraman awam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, penganjur tidak dibenarkan menaikkan sebarang poster, ‘bunting’ atau mempamerkan sebarang bentuk promosi di luar premis atau di luar lokasi penganjuran.
Beliau berkata, ia susulan DBKL tidak meluluskan sebarang permit yang membolehkan penganjuran itu diadakan secara terbuka di lokasi awam.




“Selagi ia dianjurkan di dalam premis, pengunjung tidak keluar dalam keadaan mabuk sehingga mengganggu orang awam, dibenarkan.
“Tetapi kalau (pasang) sebarang bentuk promosi di tempat awam seperti banner dan poster, kita (DBKL) akan turunkan serta-merta,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Persekutuan KL 2018, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau mengulas penganjuran OktoberFest 2018 secara besar-besaran di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, dengan pengisian festival makanan, hiburan, muzik dan arak, yang dijangka bermula hari ini.
Nor Hisham berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan salah guna promosi ketika penganjuran.
Ketika ditanya adakah DBKL meluluskan permit penganjuran terbuka acara tahunan itu, Nor Hisham mendakwa tidak menerima sebarang permohonan.
Tahun lalu, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries) untuk memenuhi cita rasa pengunjung.
Penyertaan adalah dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Jerman, Denmark, Norway, Jepun, Thailand dan Vietnam.



Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 1:49 PM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena