Friday 5 October 2018

[Video Mat Sabu: Bakal PM Tak Boleh Jadi Kalau Tak Menang] Staf penjara Sg Buluh ke PD beri sokongan moral pada Anwar & Mereka boleh, saya tak boleh - Anwar [METROTV] .

Jumaat, 5 Oktober 2018
Mereka boleh, saya tak boleh 

Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Staf penjara Sg Buluh ke PD beri sokongan moral pada Anwar
Kakitangan penjara Sungai Buloh turun turut hadir memberikan sokongan moral kepada bekas banduan mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gambar-gambar berkaitan dikongsi oleh Anwar, calon Pakatan Harapan, di Twitter beliau sebentar tadi.
Anwar merengkok dalam penjara itu dua kali, terakhir selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar mendakwa pertuduhan itu sebagai konspirasi politik.
Selepas kemenangan Pakatan Harapan Mei lalu, Yang di-Pertuan Agung memberikan beliau pengampunan penuh.
Berdasarkan gambar, sekumpulan kakitangan penjara itu mengambil peluang beramah mesra, bersembang dan berswafoto bersama.
Anwar bertanding merebut kerusi itu dalam pertembungan tujuh penjuru. Beliau dicabar oleh Saiful, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad, calon PAS dan calon-calon bebas.
Hari pengundian ditetapkan pada 13 Oktober depan.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Image result for Gambar Anwar semasa di Sg buloh

Image result for Gambar Anwar semasa di Sg buloh
Mohd Mokhtar Abdul Hamid Peg2 penjara sg Buluh pun tahu Dsai x bersalah dan peri laku yg mulia mereka ramai2 turun ke PD memberi sokongan moral d semangat walaupun mereka x berserban berjubah mcm bani itu.
Mereka boleh, saya tak boleh - Anwar

CALON Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan calon lain yang turut hadir ke masjid sepanjang tempoh berkempen.
“Saya pergi sembahyang, bagi tazkirah di masjid kerana dijemput. Calon lain pun ada juga pergi masjid, boleh pula?” katanya selepas Program Sembang Santai Usahawan Desa dan Sahabat AIM di Bilik Gerakan Utama PRK Port Dickson, hari ini.
Ketua Umum PKR itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa pihak mempertikaikan kehadirannya di masjid kononnya untuk berkempen.



Sementara itu ketika berucap, Anwar melahirkan rasa gembira apabila mengetahui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad akan datang membantunya berkempen, Isnin ini.
“Penting bagi Dr Mahathir datang ke sini untuk berkempen bagi menaikkan semangat pengundi.
“Beliau tidak pernah turun berkempen di mana-mana PRK sebelum ini. Jelas ini satu petanda baik untuk Port Dickson,” katanya.
Dalam satu majlis di ibu negara hari ini, Dr Mahathir menyatakan hasrat turun ke Port Dickson pada Isnin ini bersama ketua parti komponen PH lain untuk berkempen.
Beliau berbuat demikian bagi menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Oktober 2018 @ 7:34 PM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena