Thursday 4 October 2018

[Video Menteri tutup kilang sisa plastik haram! Malaysia bukan negara SAMPAH & KJ bakal tinggalkan Umno?] Think over! MENGHINA PM, Tun kena kaji semula? P132 Nama Tun M & Anwar TIDAK CUKUP KUAT? Larian Anwar di Teluk Kemang semakin kencang!

Jumaat, 5 Oktober 2018
PRK PD - Untuk sapa2 yang suka balik lambat... 

MENGHINA PM, TUN KENA KAJI SEMULA...

Saranan Tun dia tidak terjejas dengan segala bentuk hinaan ke atasnya malah sesetengah kes Tun minta tidak diambil tindakan.. SANGAT TIDAK WAJAR..

Jika Tun dihina sebelum menjadi PM,  saranan itu wajar sebagai keputusan peribadi tetapi sebarang bentuk hinaan ke atas penjawat awam,  Perdana Menteri, ia tidak harus ada kompromi.

Jika dibiarkan,  ia akan melarat kepada penghinaan ke atas institusi lain termasuk negara,  bendera,  ugama,  istana dan sebagainya.
Think over
Posted by 
Image result for Gambar Anwar berjogging di pantai
ANWAR meluangkan masa bersenam di sekitar pantai Teluk Kemang, Port Dickson, hari ini. FOTO Twitter HM.

BETULKAH NAMA TUN MAHATHIR DAN ANWAR TIDAK CUKUP KUAT?

Macam-macam cara dan macam-macam gaya untuk menang dan memperolehi undi.

Suatu ketika, dikontarkan kata-kata bahawa Rafizi Ramli bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR ialah untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak terhalang daripada jadi Perdana Menteri.

Kononnya, jika Azmin Ali yang terus memegang jawatan itu, maka akan kempunanlah Anwar kepada kerusi itu buat kali yang keduanya.

Namun, setelah memasuki episod pengundian, kita tidak pernah lagi mendengar sesiapa daripada kem Rafizi mendendangkan lagu kempen sebegitu.

Mungkin sudah beralih kepada kaedah kempen yang lain agaknya!
Yang nyata, Rafizi nampaknya sudah kalah kepada Azmin di dua negeri - Pulau Pinang dan Johor. 
Mungkinkah cara kempen beliau selama ini tidak begitu diterima?

Begitu pun, persaingan di negeri-negeri lain masih lagi terbuka dan masing-masing terus berebut memperolehi undi.

Tetapi, dalam mahu mengejar undi dan kemenangan seterusnya di negeri-negeri lain, terdengar pula nada kempen yang agak menjengkelkan  iaitu dengan mengatakan bahawa Azmin adalah faktor penting yang membawa kepada kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu.

Kata yang tukang kempen iaitu Saifuddin Abdullah, Menteri Luar, nama Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika PRU 14 belum cukup kuat untuk meyakinkan rakyat mengundi Pakatan Harapan.

Ketika itu, tambah beliau, nama Azminlah yang terpaksa dijual berdasarkan rekodnya dalam mentadbir Selangor.

"Masa nak menang pilihanraya kita jual nama dia, masa nak pilih Timbalan Presiden PKR, kita tak mahu...tak bolehlah," kata Saifuddin yang jelas berada berada di kem Azmin.

Wahh...ini sudah dikira "penemuan baru" - Azmin faktor penting Pakatan Harapan menang PRU14 kerana nama Tun Mahathir dan Anwar tidak cukup kuat untuk meyakinkan rakyat.

Bolehkah sesiapa setuju bahawa nama Tun Mahathir dan Anwar tidak cukup kuat untuk menang PRU14 lalu dan jika tanpa Azmin, Pakatan Harapan mungkin tidak mampu menumbangkan BN?

Adakah, setidak-tidaknya menurut tafsiran Saifuddin, nama Azmin seorang saja sebenarnya lebih kuat berbanding  gandingan Tun Mahathir dan Anwar?
Jika Tun Mahathir tidak berganding dengan Anwar pada PRU14 lalu, siapa agaknya yang memerintah negara ketika ini? (ShahbudinHusin 05/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena