Wednesday 3 October 2018

[Video Najib dan Rosmah dihadap ke Mahkamah pada hari sama] Laki bini ke mahkamah? Rosmah di Mahkamah Sesyen, Najib di Mahkamah Tinggi! Ikat jamin Rosmah RM2 juta, sebutan kes 8 Nov.

Khamis, 4 Oktober 2018

Langsung: Ikat jamin Rosmah RM2 juta, sebutan kes 8 Nov



Mahkamah tetapkan ikat jamin Rosmah RM2 juta
10.27am: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Mahkamah Sesyen ditangguhkan selepas sebutan kes ditetapkan pada 8 Nov.
Secara keseluruhannya, Rosmah menghadapi tuduhan memasukkan RM7.097 juta ke akaun peribadinya dari tahun 2013 hingga 2017. Pertuduhan secara terperinci adalah seperti berikut:
1. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 4 Disember 2013;
2. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 16 Dis 2013;
3. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 23 Dis 2013;
4. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiataan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Jan 2014;
5. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 29 Jan 2014;
6. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Feb 2014;
7. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 14 Mac 2014;
8. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 8 April 2014;
9. Memasukkan RM1.6 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lapan transaksi antara 4 Sept 2014 dan 22 Disember 2014;
10. Memasukkan RM3.85 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 127 transaksi antara 21 Jan 2015 dan 12 Disember 2015;
11. Memasukkan RM510,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 87 transaksi antara 28 Jan 2016 dan 7 Nov 2016;
12. Memasukkan RM30,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lima transaksi antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017;
13. Gagal mengisytiharkan RM500,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 4 Dis 2013 dan 23 Disember 2013 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;
14. Gagal mengisytiharkan RM2.2 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Januari 2014 dan 22 Disember 2014 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;
15. Gagal mengisytiharkan RM3..85 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 21 Jan 2015 dan 12 Disember 2015 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;
16. Gagal mengisytiharkan RM510,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Jan 2016 dan 7 Nov 2016 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;
17. Gagal mengisytiharkan RM30,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). 
Sekiranya disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sebanyak lima kali daripada jumlah aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi, bagi setiap tuduhan.
10.15 pagi: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Hakim Azura menetapkan ikat jamin sebanyak RM2 juta terhadap Rosmah dengan dua penjamin.
Rosmah juga perlu memenuhi syarat yang diminta oleh pihak pendakwa, iaitu menyerahkan pasportnya ke mahkamah, dan menahan diri daripada menghubungi mana-mana saksi atau saksi yang berpotensi.
RM500,000 mesti dibayar hari ini, manakala bakinya perlu dibayar pada 11 Okt.
Pelantikan Sulaiman dipersoal
10.05am: Kes Najib, Mahkamah Tinggi - Peguam Najib, Havinderjit berkata beliau akan membuat permohonan rasmi untuk meneliti pelantikan Sulaiman.
Sebelum ini, Shafee juga telah meminta hal yang sama daripada Sri Ram dalam kes lain.
Namun, Sulaiman mengatakan ia berada di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Hakim Nazlan mahu isu itu dibincangkan pada 31 Okt semasa pengurusan kes.
10am: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Gopal berhujah jumlah ikat jamin perlu setimpal dengan kesalahan diakukan Rosmah.
"Individu yang berdiri di kandang tertuduh tidak sepatutnya berada di situ," katanya sambil menambah Rosmah mempunyai cara untuk membayar ikat jamin.
9.50am: Kes Najib, Mahkamah Tinggi - Perhatian kini beralih kepada pelantikan Sulaiman Abdullah oleh peguam negara dalam mengetuai kes berkenaan.
Peguam bela utama Najib, Shafee Abdullah meminta salinan surat pelantikan Sulaiman.
Beliau menyebut pelantikannya sendiri ketika mengetuai pendakwaan terhadap rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2015, di mana surat pelantikan diserahkan kepada mahkamah.
Shafee berkata dalam kes Anwar, DPP Mohd Hanafia Zakaria memberitahu mahkamah mengenai pelantikannya (Shafee).
Sulaiman membuat bantahan dengan berkata pihak pendakwa tidak meminta sijil kelayakan Shafee dalam mewakili Najib.
"Saya minta permohonan itu (untuk surat pelantikan) digugurkan. Kami tidak mengelirukan mahkamah kerana saya mempunyai 10 DPP di belakang saya," katanya.
Rosmah hadapi 17 pertuduhan
9.50am: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Peguam Rosmah, Geethan Ram Vincent berhujah bahawa jumlah ikat jamin patut dikurangkan, dengan mengatakan jumlahnya adalah besar dan tidak berkadar dengan kes-kes sebelumnya termasuk tuduhan pengubahan wang haram baru-baru ini terhadap Najib.
Beliau berkata Rosmah bersedia menyerahkan pasportnya dan dalam keadaan itu ikat jamin boleh dikurangkan seperti dalam kes-kes sebelum ini.
Rosmah juga bersedia untuk tidak menghubungi mana-mana saksi, tambahnya.
Peguam itu juga menegaskan bahawa Rosmah telah menghadiri soal siasat SPRM sebanyak tiga kali tanpa gagal apabila dipanggil dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau menyarankan ikat jamin ditetapkan sebanyak RM10,000.
Hakim tetapkan 31 Okt untuk pengurusan kes Najib
9.40am: Kes Najib, Mahkamah Tinggi - Ketua Pendakwa Raya Sulaiman Abdulllah meminta pengurusan kes pada hari lain kerana beliau mengatakan semua pihak tidak berminat bertemu hari ini untuk persidangan praperbicaraan.
Hakim Nazlan kemudian menetapkan tarikh pengurusan kes pada 31 Okt jam 3 petang.
Hakim meminta sama ada semua dokumen disampaikan melalui salinan cetakan dalam masa dua minggu dari hari ini, dan pihak pendakwaan berjanji untuk melakukannya.
Pertuduhan dibacakan, Rosmah minta dibicara
9.40 pagi: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Rosmah meminta dibicarakan terhadap semua 17 pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadapnya.
Pendakwa raya mengatakan ini adalah kesalahan yang tidak boleh diterima, oleh itumahkamah mempunyai kebijaksanaan sama ada untuk memberikan ikat jamin atau tidak.
Beliau menambah jaminan tidak harus diberikan sekiranya ada risiko saksi melarikan diri.
Oleh itu, beliau meminta jaminan ditetapkan RM10 juta, dengan syarat Rosmah menyerahkan paspotnya dan dilarang untuk menghubungi mana-mana saksi.
9.33 pagi: Kes Najib, Mahkamah Tinggi - Pertikaian antara pihak pendakwa raya dan pembelaan terhadap dokumen-dokumen yang diserahkan dalam beberapa CD masih berterusan.
Sulaiman meminta Shafee mengikut peredaran masa.
"Kita tidak sepatutnya ikut apa yang telah dilakukan pada tahun 1942 kerana sekarang tahun 2018.
"Kami mahukan perbicaraan yang adil, kami mahukan perbicaraan diteruskan, dan kami bersedia untuk bertemu dengan mereka hari ini (dalam persidangan praperbicaraan berhubung penyerahan dokumen).
Shafee menjawab mereka tidak boleh meneruskan persidangan praperbicaaan kerana pasukan pembelaan tidak dapat memahami dokumen tersebut.
"Bagaimana saya boleh teruskan perbicaraan apabila dokumen-dokumen itu tak boleh difahami? Ikut cara biasa, seperti yang dilakukan dalam beribu-ribu kes.
"Kami tidak meminta layanan khas, tetapi berikan kami (dokumen kes) dalam format yang betul," katanya.
Sulaiman menyampuk dan memberitahu pihak pembela untuk menghentikan alasan berkenaan dan "meneruskan perbicaraan".
9.28am: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Sepuluh pertuduhan pengubahan wang haram telah dibacakan kepada Rosmah setakat ini. Beliau meminta dibicarakan untuk semua pertuduhan.
Jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke-11.
9.25am: Kes Najib, Mahkamah Tinggi - Peguam Najib Havinderjit Singh menyatakan bahawa pembelaan tidak mengatakan ada motif jahat, tetapi mereka memohon dokumen-dokumen itu mengikut Seksyen 51A.
Havinderjit berkata mereka akan menjawab permintaan pihak pendakwa untuk memindahkan prosiding ke Putrajaya.
Sulaiman kemudian meminta bahawa perkara ini dibawa dalam persidangan praperbicaraan.
"Kami bersedia mengadakan persidangan praperbicaraan hari ini," katanya.
Havinderjit berkata mereka bersedia untuk bertemu hari ini.
Sementara itu, Shafee berkata Seksyen 51A adalah untuk pre-trial discovery (pencarian maklumat praperbicaraan).
"Pada 8 Ogos ketika mereka memberikan CD Rom, beberapa dokumen tidak boleh dibaca. Mengapa mengambil langkah yang tidak biasa dengan memberikan CD Rom.
"Berikan kami dokumen-dokumen yang betul dalam format yang betul (melalui kertas). Ini amalan standard untuk dokumen yang disampaikan kepada peguam dan bukan pelanggan. Banyak dokumen tidak boleh dibaca dalam format CD, " katanya.
9:20am: Kes Najib, Mahkamah Tinggi - Sulaiman berkata pihak pendakwaan telah mencuba yang terbaik berhubung dokumen-dokumen berkenaan dan tiada niat jahat daripada pihaknya.
Beliau menambah pihak pendakwa tegas mengikut undang-undang.
"Kami telah meminta persidangan praperbicaraan tetapi ada kesilapan oleh (Shafee)."
Beliau juga mengatakan mereka telah memohon perbicaraan Najib diadakan di Putrajaya.
"Permintaan itu dibuat kepada ketua hakim (Malaya) kerana terdapat ruang yang lebih besar di Putrajaya," kata Sulaiman.
9.20 pagi: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Tuduhan pertama mengenai pengubahan wang haram, didakwa dilakukan pada 5 Dis 2015, dibacakan.
Rosmah memohon dibicarakan bagi pertuduhan pertama.
Prosiding kedua-dua mahkamah bermula
9.17am: Kes Rosmah, Mahkamah Sesyen - Mahkamah Sesyen memulakan perbicaraan apabila hakim Azura Alwi mengambil tempat.
Rosmah dibawa ke kandang tertuduh. Mereka yang hadir bangun menyatakan hormat kepada hakim.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki tiba dan duduk di galeri awam.
9.07am: Kes Najib, Mahkamah Tinggi - Ketua Pendakwa Raya, Sulaiman Abdullah memperkenalkan semua pihak.
Beliau berkata pendakwaan akan membangkitkan tiga isu, antaranya, penyerahan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.
Seksyen 51A memerlukan pendakwaan mendedahkan maklumat dan dokumen kes itu kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Sulaiman berkata pendakwaan telah cuba melakukannya tetapi tidak dapat berbuat demikian.
Peguam Najib, Shafee kemudian berkata pada 8 Ogos lepas, Najib diberi CD Rom yang mengandungi dokumen-dokumen itu.
Beliau menambah bahawa pendakwaan telah menyerahkan satu lagi CD Rom semalam ketika Najib melawat Rosmah.
"Ini tidak sesuai kerana mereka perlu menyerahkan dokumen dan bukan CD Rom," kata peguam itu kepada mahkamah.
Najib, Rosmah kelihatan bersemangat
9.06am: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Najib memasuki kamar mahkamah dari bilik saksi.
Jurubahasa menasihati semua pihak bersiap sedia dengan prosiding di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
8.52am: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Peguam Najib berjalan memasuki kamar mahkamah, diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Havinderjit Singh.
Bekas perdana menteri itu dipercayai menunggu di bilik saksi Mahkamah Tinggi.
8.41am: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Najib tiba tidak lama selepas ketibaan isterinya.
Diiringi pengawal peribadi, beliau melangkah keluar dari kenderaan berwarna hitam. Najib dilihat memakai baju biru muda dan kot biru gelap.
Beliau juga kelihatan tenang dan tersenyum apabila memasuki mahkamah.
Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam sedang menunggu di luar kompleks itu.
Lokman berkata beliau berada di situ untuk memberikan sokongan kepada Rosmah dan Najib.
Beliau pada mulanya mahu bercakap dengan pihak media, tetapi dihentikan oleh polis apabila Najib tiba.
8.30 pagi: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Rosmah tiba dengan berpakaian baju kurung berwarna oren bersama-sama peguamnya K.Kumaraendran.
Petugas media dan orang awam mengerumuninya, tetapi beliau dikawal ketat oleh polis. Rosmah yang berjalan dengan tenang ke mahkamah dilihat tersenyum dan melambai kepada orang ramai, sambil para penyokong berteriak memanggilnya "Datin, Datin".
8:20am: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur- Sementara itu di Mahkamah Sesyen, petugas media masuk dengan kawalan keselamatan yang ketat. 
Kakitangan mahkamah sibuk membawa bangku tambahan ke galeri awam. Baris pertama dikhaskan untuk anggota SPRM, manakala barisan kedua dikhaskan untuk ahli keluarga Rosmah.
Dua baris terakhir dikhaskan untuk petugas media.
8.20am: Putrajaya - The Star melaporkan Rosmah sedang dalam perjalanan ke kompleks mahkamah setelah meninggalkan ibu pejabat SPRM pada pukul 7.45 pagi.
Beliau dilaporkan dibawa dengan kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam dan dikawal oleh pegawai polis dan SPRM.
8.19am: Penyokong Najib sudah berkumpul di hadapan kompleks mahkamah.
Salah seorang penyokong, yang hanya dikenali sebagai Rash, dilihat memakai lilit kepala dengan tertera tulisan "hentikan salahguna AMLA".
Polis meminta beliau menanggalkan. Rash mengatakan dia berada di mahkamah untuk melakukan protes secara aman, tetapi akur dengan arahan polis. Katanya, lebih ramai penyokong akan hadir ke mahkamah.
8.15amKompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Wartawan akhirnya dibenarkan memasuki Mahkamah Tinggi. Hakim ialah Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Turut kelihatan di mahkamah ialah pendakwa raya yang dilantik, Sulaiman Abdullah yang berada di kerusi roda dan pasukan pendakwa raya.
Dua baris pertama di tempat duduk di galeri awam dalam kes Najib dikhaskan untuk ahli keluarga manakala dua tempat duduk di barisan akhir adalah untuk petugas media.
8am: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur -  Prosiding kes Najib akan dilakukan di tingkat lima kompleks mahkamah, sementara kes Rosmah akan berlangsung di tingkat dua di Mahkamah Sesyen.
Sementara itu, pendakwaraya bagi kes Najib kelihatan sudah berada dalam bilik mahkamah.
7am: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Petugas media, baik tempatan mahupun antarabangsa, telah mula beratur untuk mendapatkan pas bagi memasuki mahkamah untuk membuat liputan kedua-dua kes itu, memandangkan pas yang diberikan adalah terhad.
Mereka membentuk dua baris panjang, satu untuk mereka yang membuat liputan kes Rosmah dan satu lagi untuk Najib, di bawah pengawasan sehingga 10 anggota keselamatan.
Rosmah akan diwakili peguam K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.
Sementara itu, Najib akan diwakili oleh peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram dijangka mengetuai pendakwaan untuk kes Rosmah bersama peguam Sulaiman Abdullah.
Sulaiman seperti Sri Ram dilantik oleh Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengetuai pendakwaan.
6.45am: Hari ini bakal menjadi hari yang panjang buat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan prosiding mahkamah.
Najib akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk sebutan kes salahguna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Manakala Rosmah akan berada di mahkamah sesyen untuk pertama kali di mana beliau dijangka menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Rosmah, yang ditahan malam tadi di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas beberapa jam disoal siasat, akan dibawa ke kompleks mahkamah pada pukul 8 pagi.
Malaysiakini membawakan secara langsung prosiding mahkamah di dalam dan suasana di luar kompleks mahkamah.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena