Wednesday 3 October 2018

[Video SIAPA YANG ANDA PERCAYAI-Anwar atau Hadi & Rosmah arrested, who's next? Adios UMNOOOO...Ingat! Hari ini RAKYAT YANG 'BERKUASA', BUKAN PARTI POLITIK, BUKAN ULAR DALAM SEMAK.

Khamis, 4 Oktober 2018

Rosmah arrested, who's next?


Image may contain: 2 people, text
Adios UMNOOOO... 
Najib sebak mengalir airmata kesedihan, hilang kuasa, dibebani bala buatan sendiri, dan UMNO, dulunya menjadi kuda pondan pacuannya, bakal hilang riwayatnya sebelum akhir tahun ini. Tahun 2018 bersejarah. UMNOI/BN ditendang rakyat dari Putrajaya pada PRU 14, Tun M, mantan PM selama 22 tahun kembali menjadi PM kali kedua pada usia 92 tahun, dan, tak lama lagi, UMNO akan kulluhum pula. 

Mereka yang menjerit separuh sasau Melayu, islam dan Raja menipu rakyat pada PRU 14 menjadi pandir bila hilang kuasa. Mereka menjadi semakin mabuk menjadi pandir bila memberi tepukan gemuruh pada mantan presiden UMNO yang bergelar maharaja perompak kelas cakrawala pada PAU. Nampaknya mereka tidak insaf dan muasabah dari kekalahan parti mereka. 

Besar kemungkinan bala lebih besar akan menimpa UMNO sebelum berakhir tahun bersejarah ini. Harta UMNO bernilai berbilion ringgit. Mungkin ada penyanyak sedang merancang bagaimana hendak merompak harta UMNO pula. Nampaknya Zahid Hamidi pun terkebil-kebil seperti cicak makan kapur melihat kepimpinannya tidak dipedulikan, dan besar kemungkinan, akan berlaku rompak-merompak harta UMNO di kalangan para pemimpin yang berjiwa perompak. 

Jangan ingat para perompak mudah merompak sebab sebahagian besar para pemimpin UMNO akan diheret ke mahkamah kelak atas tuduhan korupsi, salahguna kuasa, pengubahan wang haram, pecah amanah dan lain-lain lagi. Kalau mereka didapati bersalah dan dipenjara berpuluh tahun segala harta haram milik mereka dan keluarga akan dirampas sebagai harta negara. Kerajaan boleh bertindak membekukan harta UMNO oleh kerana UMNO dan para pemimpinnya terlibat dalam skandal 1MDB, korupsi, salahguna kuasa, pecah amanah dan sebagainya. 

UMNO yang 61 tahun sebagai parti pemerintah akhirnya terkubur akibat penyalahgunaan kuasa oleh Najib Razak dan para badut yg menguasai UMNO/BN. Sebenarnya Najib membunuh UMNO kerana tidak menunaikan syarat pemilihan pucuk pimpinan parti sekali dalam tiga tahun. Nampaknya Najib bukan saja menjadi maharaja perompak kelas cakrawala akibat skandal 1MDB tetapi dia juga bertanggungjawab membunuh UMNO dan menyebabkan kehilangan kuasa. Anak Tun Razak ini bukan saja mencemarkan keturunan Tun Razak yang berasal dari Bugis tetapi dia juga menjadi kaldai tunggangan bininya, Rosmah Mansor, pencinta bomoh dan sami, beg Berkin, intan berlian bernilai berpuluh juta dolar. Sekarang suami isteri menunggu masa untuk pindah kediaman di Sg Buloh dan Kajang kelak. 

Berjuta ahli UMNO yang menjadi mangsa kerakusan para pemimpin mereka perlu mencari parti lain untuk berteduh. meneruskan perjuangan yang diberkati Allah. Jangan harap budaya korup UMNO akan berlanjutan dalam PH. Ingat hari ini RAKYAT YANG BERKUASA, BUKAN PARTI POLITIK, BUKAN ULAR DALAM SEMAK, BUKAN ISTANA. Jangan cuba mengkhianati perjuangan dan aspirasi RAKYAT dalam PH. Sekali air bah sekali pasir berubah. UMNO pocik. Berhijrahlah ke PH untuk meneruskan perjuangan anda menurut budaya politik PH pula. - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena