Wednesday 3 October 2018

[Video Saya Tak Tahu di Mana Rosmah - Peguam] Yang DiPertuan Gadih Minang Puan Puti Reno Datin Seri Rosmah Mansor bermalam di dalam lokap SPRM! ‪Aku di Port Dickson. Tak dapek den nak nolong eh! Doa Najib buat Rosmah & Anak, menantu simpati dengan Rosmah.

Khamis, 4 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
‪Aku sedih dapat tahu Yang DiPertuan Gadih Minang Puan Puti Reno Datin Seri Rosmah Mansor akan bermalam di dalam lokap SPRM malam ini. Esok akan dibawa ke Mahkamah Sesyen KL untuk didakwa sehingga 20 pertuduhan jenayah.‬

‪Aku di Port Dickson. Tak dapek den nak nolong eh.‬
— di Port Dickson.
Foto Otai BERSIH.
Horeeeyyyy...
Doa Najib buat Rosmah
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuatnaik status terkini di Facebook selepas berita penahanan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini.
Sekadar dua ayat namun sarat dengan mesej untuknya sekeluarga.
“ALLAH Maha Mendengar, walau sehalus mana bisikan dalam hati yang ikhlas. Jadi jangan pernah berhenti berdoa dan bergantung harap kepada-Nya,” tulisnya.
Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang hari ini selepas lima jam memberi keterangan.
Rosmah bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan pada 8 Ogos lalu, beliau mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula, esok.
Sinar Online
Anak, menantu simpati dengan Rosmah
 Anak, menantu simpati dengan Rosmah
KUALA LUMPUR - Selebriti chef, Datuk Fazley Yaakob memuatnaik status susulan penahanan ibu mertuanya, Datin Rosmah Mansor, hari ini.
Kenyataan bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz itu menyebut mereka sentiasa mendoakan untuk Rosmah.
"Ini kekal pendirian kami berdua. Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu, kami tetap mendoakan beliau.
"Simpati masih tetap wujud walau apa pun berlaku. Moga ALLAH permudahkan segala urusan!," katanya.
Azrene merupakan anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu, Abdul Aziz Nong Chik.
Fazley dan Azrene berkahwin pada tahun 2007.
Dalam pada itu, Fazley berkata, hanya mahkamah dapat menentukan siapa yang salah.
"Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Biarlah mahkamah yang memutuskan," katanya.
Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang hari ini selepas lima jam memberi keterangan.
Rosmah bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Sinar Online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena