Friday, 5 May 2017

[Video Najib Telah Hijack UMNO Untuk Kepentingannya] Panas!: DAP temui Dewan Perniagaan Melayu?

Sabtu, 6 Mei 2017

Yeow dan Rizal bertukar tukar cenderahati seusai perbincangan antara DAP dan DPMM.
Yeow dan Rizal bertukar tukar cenderahati seusai perbincangan antara DAP dan DPMM. 

Walaupun cuba digambarkan sebagai parti cauvinis oleh sesetengah pihak termasuk perdana menteri, ia tidak menghalang DAP Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang berbincang mengenai kerjasama dua hala. 

Perbincangan semalam menjurus kepada usaha melaksanakan projek infrastruktur awam serta memartabatkan ekonomi rakyat khususnya orang Melayu di negeri tersebut. 

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dalam sidang media bersama Yang DiPertua DPMM Malaysia Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen berkata, cabaran ekonomi Melayu adalah masalah negara termasuk di Pulau Pinang. 

“Ini perkongsian (peranan) yang dimainkan oleh DPMM terhadap isu-isu ekonomi negeri Pulau Pinang, mengenal pasti masalah-masalah dan cabaran-cabaran khususnya yang dihadapi oleh orang Melayu daripada segi jurang pendapatan dan peluang ekonomi,” jelas Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Negeri. 

Rombongan tersebut turut disertai pemimpin-pemimpin kanan DAP Pulau Pinang termasuk Senator Dr Ariffin Omar, Adun Datuk Keramat Jagdeep Singh, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, Ketua Wanita DAP negeri Lim Siew Khim dan Exco Pelancongan negeri Danny Law. 

Kon Yeow juga memberitahu, Kerajaan Negeri turut mengharapkan DPMM boleh menjadi pengantara dan jambatan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat ke arah melancarkan proses kelulusan projek infrastruktur di negeri ini, seperti Pelan Induk Pengangkutan kelak. 

“Ada hasrat menjemput anggota dewan jadi ahli dalam apa-apa jawatankuasa dan badan bertindak di Pulau Pinang supaya DPMM boleh memainkan peranan sebagai perantara dan membawa isu-isu yang kemungkinan perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri” jelas beliau. 

Dalam sesi dialog selama hampir dua jam, kedua-dua organisasi saling bertukar pandangan tentang isu yang dihadapi oleh orang Melayu di Pulau Pinang dan di Malaysia. 

Rizal menyifatkan lawatan DAP negeri itu sebagai bersejarah dan satu permulaan baik untuk hubungan dua hala. 

Kepimpinan DPMM juga menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan suara komuniti peniaga Melayu dapat didengar. 

“Jangan kita mempolitikkan sangat mengenai jawatankuasa, kita kena tumpu kepada aspek ekonomi Melayu dan melakukan sesuatu yang merentasi kepentingan politik kepartian,” ujar Rizal kepada pemberita. 

mdl 
Agen Perubahan 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena