Friday, 5 May 2017

[Video Pas Hanya Tahu HERET Balak Guna Serban - Ust Wan Ji] Bandar Malaysia: Rakyat berisiko tanggung hutang 1MDB hampir RM42 bilion

Sabtu, 6 Mei 2017

Image result for Gambar balak di kelantan
Semalam dalam perjalanan ke Machang, KP terserempak dengan puluhan lori yang membawa kayu balak menuju ke mana KP tak tahu... 
Related image

Bandar Malaysia: Rakyat berisiko tanggung hutang 1MDB hampir RM42 bilion

oleh 

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pelan rasionalisasi hutang 1MDB bakal terjejas berikutan kegagalan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, TRX City Sdn Bhd menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd bernilai RM7.4 bilion kepada sebuah konsortium.
Hasilnya, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, rakyat Malaysia berisiko menanggung hutang 1MDB – turut dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan – sebanyak RM41.7 bilion.
“Implikasi kemusnahan daripada kegagalan rasionalisasi berkenaan benar-benar memeranjatkan kita.
“Ini kerana 1MDB kini tidak ada lagi aset yang banyak atau wang dalam akaunnya, rakyat Malaysia selaku pembayar cukai terpaksa membayar sejumlah besar hutang tertunggak 1MDB,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hutang tertunggak itu, kata Tony termasuk:
  1. Bon 30 tahun bernilai RM5 bilion yang mana dijamin kerajaan Persekutuan, diterbitkan pada 2009.
  2. Bon 10 tahun bernilai AS$3.5 bilion yang diterbitkan pada 2012, yang mana kini dijamin oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).
  3. Bon 10 tahun bernilai US$3 bilion, dijamin dengan “Surat Sokongan” yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.
  4. Pinjaman berjumlah AS$1.23 bilion daripada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) pada 2015, yang dijamin MoF Inc.
  5. RM800 juta pinjaman daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) pada 2010, yang dijamin kerajaan Persekutuan.
  6. Sukuk bernilai RM2.4 bilion yang diterbitkan pada 2013, yang mana telah diambil alih oleh MOF.
TRX City dalam kenyataan berkata perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Konsortium Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) itu terbatal ekoran kegagalan pihak pembeli menunaikan pembayaran.
Ekoran itu, TRX City – yang dulunya dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd – kini menjadi pemegang saham tunggal dalam Bandar Malaysia.
Dalam pada itu, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, meskipun Presiden 1MDB, Arul Kanda perlu dipecat ekoran kegagalan pelan rasionalisasi hutang syarikat bermasalah itu, Najib yang juga Perdana Menteri adalah individu yang paling perlu dipertanggungjawabkan.
Ini kerana, menurut Tony, seperti yang dinyatakan dalam Memorandum dan Artikel Persatuan, dan akaun kewangan 1MDB, Najib merupakan individu rasmi terpenting dalam membuat sebarang keputusan berhubung syarikat berkenaan.
Ia, katanya lagi, turut diperkuatkan dengan dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bahawa sejumlah AS$731 juta berpunca daripada 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib. – Roketkini.com

1 comments:

Jose Luis said...

hari yang baik kaumku malaysia

TESTIMONI CARA I GOT PINJAMAN MY DARI PINJAMAN TANAH DAN TULEN
COMPANY DIPANGGIL JOSE LUIS PINJAMAN SYARIKAT. Saya sangat gembira
dan tuhan BLESS JOSE LUIS PINJAMAN SYARIKAT.
,
Nama saya Nur Syafiq i tinggal di Kuala Lumpur, Malaysia
  Saya berkahwin, saya telah mencari syarikat pinjaman yang tulen untuk 5 bulan yang lalu
semua yang saya dapat adalah sekumpulan penipuan yang membuat saya untuk mempercayai mereka dan pada akhirnya
hari, mereka mengambil wang saya tanpa memberi apa-apa sebagai balasan, semua
harapan saya telah hilang, i mendapat keliru dan kecewa, saya merasa sangat
sukar untuk memberi makan kepada keluarga saya, saya tidak pernah mahu mempunyai apa-apa kaitan
dengan syarikat-syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari
kawan, i memberitahunya semua yang berlaku dan dia berkata dia boleh membantu saya, yang
dia tahu syarikat pinjaman yang boleh membantu saya dengan mana-mana jumlah pinjaman
diperlukan oleh saya dengan kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%, bahawa dia hanya mendapat
pinjaman daripada mereka, dia mengarahkan saya tentang bagaimana untuk memohon pinjaman, i did
hanya kerana dia memberitahu saya, i digunakan dengan mereka pada E-mel: (joseluisloans@gmail.com) i tidak pernah percaya tetapi saya cuba dan saya
kejutan pilihan i mendapat pinjaman dalam tempoh 24 jam, saya tidak dapat percaya,
i gembira dan kaya lagi dan i sedang mengucapkan terima kasih kepada Tuhan bahawa pinjaman itu
syarikat-syarikat seperti ini masih wujud atas penipuan ini di seluruh tempat,
sila i nasihatkan semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk pergi untuk
(Joseluisloans@gmail.com) dan mereka tidak dianiaya anda, dan
hidup anda akan berubah apabila saya did.Quickly menghubungi JOSE LUIS PINJAMAN SYARIKAT hari ini dan mendapatkan pinjaman anda daripada mereka, Tuhan memberkati JOSE LUIS syarikat pinjaman untuk tawaran pinjaman sebenar mereka.
 Pastikan anda menghubungi JOSE LUIS pinjaman bagi pinjaman anda kerana saya mendapat pinjaman saya berjaya daripada syarikat ini tanpa tekanan.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena